Wednesday 28 September 2011

Parlimen Bagan Serai cuba direbut...

Dah berbuih mulut dan dah lenguh urat saraf tangan aku menaip mengenai Parlimen Bagan Serai yang kini kontroversi akibat dari PKR yang takmau melepaskan kerusi 'pinjaman' tersebut kepada PAS..

Hangpa baca dulu mukadimah kat SINI dan SINI...Baca betoi-betoi nanti senang nak berhujah!Hahahahaha

Kalo sebelum ni disangka kononnya Zaki Insurans atau pun Mustafa Kamil Ayub yang dijangka jadi calon,rupanya ada sorang lagi yang tiba-tiba timboi dalam tempoh sebulan ni..Orang dia tak lain dan tak bukan adalah YB Shuhaimi Shafiei(ADUN Sri Muda)...

Korek punya korek,rupanya dia ni spesis Mohsin katak la..Asal orang Kerian ni tapi dah lama duduk bersawang kat Selangor..Yang terbaru si Shuhaimi ni,tataula dilantik atau melantik diri sendiri jadi Penyelaras Parlimen Bagan Serai..Pulak dahhh...Dulu Lee Boon Chye(MP Gopeng) jadi Penyelaras lepas Mohsin mengatakkan diri dia..Wakakaakaa..Disebabkan Boon Chye tak ngam dengan Ketua Cabang si Tan,lama-lama senyap camtu ja..

Yang jadi mangsa adalah dua orang ADUN PAS iaitu YB Ramli(ADUN Semanggol) dan YB Husin(ADUN Selinsing)..Dah la dulu waktu Mohsin masih jadi MP Bagan Serai,pon tak berfungsi jugak pejabat parlimen tu..Ada penyelaras pon lagi la lingkup!!!!Rakyat semua mai ngadu kat pejabat ADUN ni..Pejabat MP,cehhh sampai la ni tutup!!!Celaka sungguh!!!

Berbalik kepada cerita Shuhaimi tadi,raya baru-baru ni dia datang mengejut umah YB Ramli yang juga merangkap YDP PAS Kawasan Bagan Serai..Takkan nak cerita pasai kuih raya kan?Wakakakaka..Dah tentulah cerita pasai Parlimen Bgan Serai...Dalam erti kata yang lain nak MELOBI la tu...Wakakakaa

Tapi dia salah LOBI la..YB Ramli bukan jenis pentingkan diri..Ehhh,hangpa bagi duit juta-juta pon orang tua tu tak heran laa...Kahkahkahkah..Bila PAS Kawasan Bagan Serai wat jamuan raya,sekali lagi Shuhaimi datang...Maka mengadaplah Shuhaimi dengan orang-orang kuat PAS Bagan Serai...

Yang terhangat bila Shuhaimi dah berani tonjolkan diri melalui banner jamuan raya bersama PKR Bagan Serai..Hangpa tengok gambaq bawah ni...
Yang aku nak tergelak tu bila ada perkataan "Silaturrahim"...Wakakakka!!!!Kahkahakah!!!Elok tukaq la perkataan silaturrahim tu dengan perkataan "MELOBI"...Kehkehkehkeh!!!

Aku bukan pa..Aku tak mau kerusi Parlimen Bagan Serai punah dan jatuh ke tangan UMNO..Macam MSK kata dalam Malaysiatimes...

"Pemimpin peringkat pertengahan sedang sibuk melobi nak jadi calon. Dan lebih teruk, bila nak jadi calon depa gunakan kabel diatas. ..bukan nak turun buat kerja dibawah! Yang dibawah buat kerja, depa senang-senang pakai kabel mintak dicalonkan ditempat yang depa rasa boleh menang. Buat kerja tak mau, tiba-tiba nak jadi calon.Yang teruk tukang gantung bendera dan tukang tampal poster. Bila bukan masa pilihanraya, depa ni la yang jadi tempat orang mengadu, depa juga la yang kena selesai masalah..dan depa juga la yang kena kutuk. Tapi bila tiba musim pilihanraya, senang-senang saja orang lain datang nak jadi calon."

Aku sokong sangat apa MSK kata apa lagi pasai kerja yang dibuat orang lain tapi yang jadi calon orang lain..Dah tu camna nak menang?Daftar pemilih baru Parlimen Bagan Serai banyak dibuat oleh PAS,yang jadi jentera pon majoriti PAS,yang tampai poster dan gantung bendera pon PAS..Apahal pulak tiba-tiba PKR nak jadi calon?

Pastu MSK sambung lagi kat SINI...

"Sapa calon kita? Adakah calon kita yang dikenali oleh rakyat atau dikenali oleh pemimpin parti?  Calon wahyu dah tak laku. Pengundi tidak lagi melihat lambing parti sebagai penentu siapa yang depa nak undi. Pengundi akan melihat siapa calon yang bertanding. Kalau Calon tu depa suka, maka depa akan bagi undi. Tapi kalau calon itu depa tak pernah nampak…depa takut calon tu macam Zul Nordin ka, Jamal Behrang ka. Macam mana depa nak tau?"

Dahla nama si Shuhaimi ni tak pernah ada dalam politik Perak..Apa dia ingat dengan alasan dia asal sini itu boleh memungkinkan dia menang???Kahkahkahakah...Orang Bagan Serai tak sama macam tempat lain..Kalo depa takmau,jangan dilawan,jangan dicari pasai..Buruk padahnya nanti!

1 comment:

  1. Harrah's Gulf Coast casino in New Orleans
    Harrah's Gulf Coast show air jordan 18 retro racer blue casino in air jordan 18 retro men red to me New Orleans · 1 - 1-800-GAMBLER.COM authentic air jordan 18 retro varsity red · 2-711-5678. · 3 - 777 스 보벳 Harrah's Gulf Coast Hotel and Casino jordan 18 white royal blue from us · 4 - Harrah's Gulf Coast

    ReplyDelete