Tuesday 9 October 2012

Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!


Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku...Aku sebok sebab keja agak banyak..Aku wat blog ni mana aku reti nak suh orang boh iklan..Jadi,kena la keja kuat nak tanggung keluarga..Hangpa bukan bagi aku duit pon dan aku pon tak pernah mintak!

Wehhh..Ingat lagi dak cerita ni...Al kisah Zambry Kadiaq 1,Al kisah Zambry Kadiaq 2 dan Al kisah Zambry Kadiaq 3??? Pehhh..panas oiii...Empunya badan sudah hangit satu badan dan dengaq khabaq angin sampai tumbuk-tumbuk meja bila perangai buruk dia didedahkan!!!Dia marah bukan pasai cerita tu fitnah tapi sebab kantoi tu memang perangai dia...Kahkahkahkah

Orang kampung dah pandang serong lagi serong dari Titi Serong...Kahkahkahkah...Aku bukan suka buka aib orang tapi 'seseorang' kena bagi sedaq orang yang sombong macam Faisal Shafie ni...Wehhh,adik angkat Zambry Kadiaq ni hangpa jangan harap la dia nak senyum walopon gaji hangpa kurang seringgit dari dia...Dia punya sombong,Masya Allah...Maha dahsyat!

Dengaq cerita,baru-baru ni Sultan Perak (empunya Teluk Rubiah..opsss) ada bagi pangkat apa ntah kat adik angkat Zambry Kadiaq ni..Pehh,apa lagi makin besaq la kepak dia..Punya nak cerita kata ada pangkat sultan bagi sampaikan orang yang sama kena dengaq cerita dia 2,3 kali..Kehkehkeh...Wat camna,sapa sangat nak kawan dengan dia...Dia kawan semua dengan 'setan' oiiii..'Malaikat' ni sapa nak pandang kannn (Tun M kata)...

(*) Kalo ini orang mau jadi calon..Memnag dia sembelih diri la...Kahkahkahkah

Tuesday 28 August 2012

Senyum...Krenyih...Takurihing :)

Assalamualaikum wbt kepada pembaca blog ni...Tak kira la hangpa fanatik blog ni ka atau pun pembenci blog ni (aku pedulik apa),tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat hangpa semua...

Ishhhh...dah lama tak update blog ni pasainya aku sangat sebok! Insyaallah dalam masa terdekat ni akan ada posting2 terbaru yang ternyata lebih kurang ajaq tapi berfakta dari sebelum-sebelum ni.....Kehkehkeheh

Lagi bangsat UMNO lagi kaw aku bantai!

Sabaq noooo semuaa... :)

Monday 11 June 2012

Pesawah padi patut mai program ni..Waaaajib!!! Sebarkan!!!


Hangpa rasa hangpa pesawah padi?
Hangpa rasa ada yang tak kena dengan harga padi dan subsidi berkaitan padi?
Hangpa rasa patutnya hangpa dapat lebih dari hasil padi hangpa?
Jom pakat-pakat hadir dan luahkan apa yang terbuku kat hati hangpa tu..
Hangpa orang PAS ka?Orang UMNO ka?Orang tak berparti ka?Tak kira apa bangsa sekalipon..Kalo hangpa rasa hangpa kerja wat bendang..Datang ramai-ramai...Toksah harapkan UMNO nak jaga pesawah macam hangpa!!!

Kerajaan Barisan Natang sebok sangat nak jaga peneroka...Bagi benda tu bagi benda ni..Tapi sayang peneroka tak sedaq yang depa bakal kena tipu..Bila pembangkang dedah..Peneroka kata pembangkang tipu dan dengki!Lantak pi la kat hangpa...

La ni nak tanya pulak..Pasepa kerajaan Barisan Natang tamau jaga pesawah padi?Awat,beras yang kita makan ni semuanya diimport dari luaq ka?Pikiaq-pikiaq la sama...Harga padi tak menentu..Bila kita tanya pasepa harga padi kat Kedah lagi mahai...Orang atas jawab sebab kualiti padi kat Kedah lagi baguih...Ok,kalo kata camtu pasepa harga beras yang kita beli sama saja...Bukan kita tau pon beras tu mai dari mana..

Apa pon,aku sarankan supaya pesawah-pesawah datang program ni sebab kita nak bincangkan berkaitan nasib pesawah pada masa akan datang..Kita duduk,dengaq apa yang PAS cuba nak usahakan untuk membela nasib pesawah-pesawah...Tumbang ja Barisan Natang pada PRU 13 ni maka akan berjalanlah proses penambahbaikkan untuk keluarga-keluarga pesawah kat Malaysia ni...PAS bukan bagi janji kosong pasai ni!

Harap sapa-sapa yang baca pasai ni boleh amik banner ni pastu SEBARKAN kepada kawan-kawan UMNO kita yang keja jadi pesawah...Buh la kat blog ka,facebook ka atau apa saja medium maya yang ada...Datang ramai-ramai dan pakai baju HIJAU!!!

Saturday 9 June 2012

Kalo bini aku lebih dari sorang lagu mana???

"Felda prihatin, bimbang peneroka akan tanggung rugi besar jika diberi unit besar," jawapan yang diberikan oleh Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka, sebagai jawapan kenapa peneroka-peneroka Felda diberikan hanya sekadar 800 unit saham.

Jawapan ini mengandungi berbagai pengertian.  Pengertian pertama ialah Felda tidak yakin bahawa saham FGV ini boleh mendatangkan untung, justeru, Felda sangat berhati-hati untuk memperuntukkan saham yang besar kepada peneroka dibimbangkan bahawa peneroka-peneroka akan menanggung risiko kerugian.

Pemahaman yang kedua ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak layak untuk memiliki saham yang lebih besar  kerana akan menghakis peruntukan saham kepada golongan bukan peneroka termasuk golongan Melayu yang diluluskan oleh MITI dan golongan korporat samada Melayu atau Bukan Melayu, samada korporat dalam Negara atau luar Negara.

Pemahaman yang ketiga ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak tahu perniagaan dunia saham dan saham yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka akan hanya membebankan peneroka-peneroka.Pemahaman yang keempat ialah penyenaraian Felda Global Ventures bukanlah untuk kepentingan Peneroka.

Secara ringkasnya, peneroka-peneroka Felda telah tertipu dengan UMNO/Felda berhubung penyenaraian ini, dan jelas membawa erti bahawa golongan peneroka tidak berhak menerima apa-apa keuntungan daripada penyenaraian ini.

Peneroka-peneroka telah pun diberikan imbuhan sebanyak RM5000.00 hasil daripada pemajakan 850,000 ekar tanah Felda Plantation dan tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah-tanah yang tidak dimiliki oleh peneroka seperti tanah-tanah lapang, dan tanah-tanah yang kini digunakan untuk keperluan awam.  Dijanjikan bahawa isteri kepada peneroka-peneroka akan pula menerima RM5000.00 dan kemudian anak-anak peneroka juga akan menerima RM5000.00.

Pemberian kepada isteri-isteri peneroka menimbulkan kekeliruan apabila peneroka-peneroka berkenaan mempunyai lebih dari seorang isteri.

Lebih parah yang akan menimbulkan persengkitaan didalam keluarga apakala akan dilaksanakan pemberian RM5000.00 kepada anak-anak peneroka.  Sekarang pun sudah berlaku sengketa apabila anak-anak peneroka sudah mulai bertelingkah sesama sendiri mengenai pembahagian wang RM5000.00 tersebut.  Wang pemberian tidaklah sebanyak mana apabila dibahagi-bahagikan tetapi keretakan didalam keluarga adalah besar dan tidak tertampung dengan pemberian sekecil itu.

Wang hasil dari pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan tanah-tanah lain didalam rancangan Felda berjumlah RM5.6 billion, tetapi imbuhan yang diberikan kepada peneroka-peneroka hanyalah sekadar RM1.6 billion.  Persoalannya baki sebanyak RM4 billion itu dipelahap oleh siapa.  Sehingga sekarang tidak ada jawapan yang diberikan oleh Felda, Isa Samad atau Najib Razak, sama seperti wang yang dipinjam dari KWSP sebanyak RM6 billion.  Siapa mentedarah wang itu kerana Felda tidak pernah memberikan sebarang jawapan kegunaan pinjaman sebanyak RM6 billion tersebut.  Perlu diingat bahawa KWSP adalah pemegang amanah wang semua pekerja di Malaysia, bukan milik Isa Samad atau Najib Razak.

Terlalu banyak apa yang dilakukan atas nama peneroka Felda menjadi misteri yang tidak ada jawapan.  Dan jawapan Felda bahawa peneroka-peneroka hanya sekadar diberikan 800 unit saham didalam FGV adalah alasan yang paling terang dan jelas bahawa Felda terus menerus menipu peneroka-peneroka didalam penyenaraian FGV ini.

(*)Kalo yang usaha ladang sawit dulu mak tua..Pastu mak tua meninggai tak sempat nak rasa duit saham tu..Bapak plak kawin lain..Anak-anak mesti komplen punya..Pasepa bagi duit saham tu kat mak muda sedangkan yang tolong bapak dulu mak tua...Mak muda tak layak amik duit tu!!!haa..Lagu mana nak jawab ni???Kahkahkahkah

Sumber dari SINI

Thursday 7 June 2012

Siapa yang nak memartabatkan Islam ni???

Aku makin tak paham dengan gaya pemikiran pemimpin UMNO la ni..Semuanya dah macam dah kena badi kata-kata "Melayu Mudah Lupa" Tun M dulu nampaknya ni..Hehehehe...Tapi yang lupa tu hanya pimpinan UMNO bukannya orang Melayu..


Hangpa tengok gambaq atas tu ada hangpa terpikiaq macam yang aku pikiaq?Yang Melayu Islam belah kiri tu boleh batalkan program Ustaz Azhar Idrus ganti dengan tarian tayang paha amoi Korea di PICC..Tapi yang Cina hat belah kanan tu pulak tadak halangan untuk dijalankan program Ustaz Azahr Idrus dibuat di Padang Kota Lama..Wehhh,hangpa kata Cina tu anti Islam kannnn???Wakakakaka

Isunya sekarang ni mana bukti yang kata UMNO nak jaga Islam kalo benda simple camni pon payah nak buat???Rakyat nak tengok bukti bukannya nak dengaq sembang sampai berbuih mulut...Hahahaha