Wednesday 1 June 2011

Sapa-sapa pon takpa

Khabar angin mengatakan yang Ustaz Nasha akan teringkir dalam pemilihan agung PAS tahun ni dan bakal digantikan dengan Ustaz Tuan Ibrahim..Kemasukan Ustaz Tuan di saat-saat akhir dianggap sebagai seorang yang opportunis..

Bagi aku memang tak patot angpa kata Ustaz Tuan tu opportunis..Sebabnya aku besa rapat dengan Ustaz Tuan dan sedikit sebanyak aku boleh agak cara hidup dia..Ustaz Nasha ni pulak aku jarang-jarang la nampak dia ni aktif dalam politik mahupon dalam PAS sendiri..

Bagi aku dia masuk last minit sebabnya mungkin dia pikiaq yang dia nak bertanding jawatan orang no 2 PAS..Tu bukan jawatan macam pencacai UMNO..Aku teringat engalaman aku dulu bila YB tempat aku dipelawa bertanding waktu PRU 2008,pelik sangat aku tengok perangai dia..Tak senang duduk ke hulu ke hilir..Sat-sat mengaji.sat-sat semayang sunat..Tidoq pon macam tak berapa nak lena..

Bila aku tanya dia pasai apa jadi lagu tu..Dia marah aku dia kata,,"Ang gila ka?Nak jadi YB tu bukan senang!Nak jaga pengundi yang berbelas ribu tu bukan senang macam bela kambing!Depa bagi aku satu jawatan yang berat..Aku serba salah nak terima ka dak..Bila aku tolak,nanti PAS kawasan kata aku tak amanah..Bila aku terima nanti ada pulak puak UMNO sebok mintak projek kat aku dan depa ni bakal menyusahkan aku!..(Alhamdulillah dia terima tawaran tu dan dia menang!La dah jadi YB)

Berbalik kepada cerita Ustaz Tuan,jawatan yang dia nak bertanding tu jawatan yang 100 kali ganda berat dari jadi YB..Jawatan YB setakat jaga DUN saja tapi jawatan no 2 PAS adalah menjaga seluruh negara dan jugak menjaga Agama Islam..Kalo YB tadi tu tak tentu arah,Ustaz Tuan ni entah dah berapa ratus kali solat sunat nak mohon petunjuk dari Allah..

Pegang jawatan dalam PAS bukan sama pegang jawatan dalam UMNO..Kalo orang UMNO berebut macam lalat hurung taik nakkan jawatan,yang PAS ni pulak jenuh elak dari ditawarkan jawatan sebab menjadi seorang pemimpin adalah amanah yang sangat berat apalagi Ustaz Tuan adalah golongan orang cerdik ilmu agama!

Bagi aku elok la Ustaz Nasha digantikan dengan orang lain pulak..Kalo ada rezeki Ustaz Tuan,biaqla kita tengok dulu cara kepimpinan dia..Nanti pemiihan agung yang akan datang kita bagi peluang kat orang lain pulak..Pemimpin besaq PAS bukan gila kedudukan di dunia,tapi depa gila mencari kenikmatan di akhirat..Wallahu'alam

(*)Mat Sabu takkan merajok..Mat Sabu lebih layak di bawah,dekat dengan rakyat..Nanti PRU,bagi Mat Sabu bertanding Parlimen boleh satu kepala denhan Mahfuz..Haaaaa,meletop parlimen!Wakakakaka!!!

No comments:

Post a Comment