Saturday 5 May 2012

Yang pergi sepatutnya takkan kembali!

Khamis lepas Bob Kuman dah kembali ke Rahmatullah...Alhamdulillah pemergian beliau yang terakhir adalah dalam rangka masa bersama orang-orang alim..Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk arwah...Al Fatihah!

Ok...Semua pon dah tau berita ni dah semua orang pon aku rasa dah tengok gambaq arwah di sembahyangkan...Jadi memang sepatutnya arwah memang takkan wujud lagi kat dunia ni...


Jadi harapnya...Tadak la nama arwah dalam senarai pengundi...Jangan pulak SPR "hidupkan balik" arwah semata-mata untuk tolong mengundi Barisan Natang...Kalo jadi betoi lagu tu,ini betoi-betoi punya pengundi hantu!!!Hehehehe...

Bukan apa...Boss SPR kan ahli UMNO cuma depa lupa dan gila sat yang depa tu pencacai jugak...Hahahaha

(*)Gambaq IC dari blog Batu vs Kayu dan dia plak amik dari mazidulakmal.com =)

Friday 4 May 2012

Amaran untuk PR jika dah pegang Malaysia!!!

PR jangan pandai tanam tebu tapi manis tebu suma PR telan balik..Hahahaha

PR kena tunaikan janji dalam buku Jingga tu...Jangan cakap saja semata-mata nak raih undi...

PR kena bebas rasuah..Sebabnya kalo hangpa tak bebas rasuah,jangan harap kami yang penat-penat pilih hangpa nak tutup mata!

PR kena ajaq SPR wat kerja pilihanraya yang telus setelus-telusnya..Kalo PR tak ajaq SPR elok-elok...Hangpa jaga baik-baik!

Tengok bawah ni...


Ini amaran terakhir yang the last!!!Kalo PR sendiri tak laksanakan 8 tuntutan yang selama ni PR mintak dari Barisan Natang...Jangan terkejut kalo jadi macam gambaq bawah ni!!!


Hangpa jangan main-main oooo!!!Kahkahkahkah!!!

Rosmah nak bini YB lain ikot macam dia!!!

Apadaaa Rosmah ni...Satu dunia tau hang memang rajin ikot pungkoq laki hang..Sampaikan kami pon konpius mana satu PM kami ni..Hehehehe


Hang senang ja nak suruh-suruh orang lain ikot macam hang wat..Apadaaa Rosmah ni...Hang takpala...Hang kaya...Hang menabung dari kecik...Depa hat lain sumanya boros!!!

Camna la bini YB lain nak ikot macam hang...Hang dah pernah pakai cincin 24 juta..Dah pernah tidoq hotel satu malam harga ratusan ribu...!

Pastu hang plak sampai la duk jinjing beg tangan mahai...Bini YB lain tak merasa oooo..Senang ja hang duk suruh-suruh depa ikot macam hang...Tak patot la hang ni...

Depa hat lain tu kalo beli baju paling mahai pon dalam lingkungan puluh-puluh ribu...Hang punya baju plak ratusan ribu ringgit!!!Opss,aku mintak maap...Memangla baju hang lagi mahai dari baju depa sebab badan hang lagi gemok dari depa kannn...Hahahahaha

Tapi apa pon,alasan paling terbaik yang sukar untuk bini YB lain ikot macam hang adalah kerana hang sangat Wasatiyyah!

Wakakakakaka!!!

Thursday 3 May 2012

SU UMNO Pulau Pinang panas punggung!!!

Dikhabarkan oleh blog pencacai,Dato Azhar Ibrahim akan bersara dari jawatan SU UMNO Pulau Pinang...

Ini sejarah!!!Mana pernah pimpinan UMNO nak tarik diri dari jawatan dalam parti!!!

Kalo boleh dah bertongkat pun tetap jugak gila jawatan..Tengoklah macam Mahathir..Wakakakaka

Kalo ada pimpinan UMNO yang relakan diri untuk letak jawatan itu maknanya mesti ada masalah!!!

Tapi bagi alasan..."Dah lama dah...Nak bagi orang lain pulak..Dah penattt"..Hahahaha

Hangpa percaya ka?Kahkahkahkahkah

ADUN Penaga ni sebenaqnya panas punggung dah...Sebabnya selama ni konon nak pejuangkan Melayu kat Pulau Pinang...Tapi malangnya Pengerusi Barisan Natang Pulau Pinang sekarang adalah Cina!

UMNO menang banyak kerusi tapi kenapa Cina yang jadi Pengerusi Barisan Natang negeri ni?Itu sebab ADUN Penaga ni tatau mana nak sorok muka...Buh dalam lubang jamban pon,rasa malu tu tak ilang-ilang jugak!

Ini namanya merajukkkk!!!

Sapa dia Cina yang wat ADUN Penaga ni hangat pungkoq?Mai tengok SINI..

Ada ka patot tok guru pondok pikiaq macam budak tak sunat lagi???

Sepenuhnya kat SINI

Kesian tok guru-tok guru ni...Brapa banyak dah UMNO suap depa ni...Hehehehe

Abeh kalah ghuyup la PAS Kelantan pasni...Kahkahkahkah

Silap-silap Tok Guru Nik Aziz boleh ilang deposit oooo...Wakakakaka

DEBAT PERLEMBAGAAN : Ularmak Muda UMNO VS Presiden PAS

Aku tengok muka mamat ni aku rasa menyampah..Kahkahkahkah

Nak suh aku hormat orang macam ni?Wakakakaka...

Aku bukan saja-saja menyampah..Tapi meluat pon sama banyak...Kehkehkehkeh

Sembang macam nak runtuh langit,apa yang hang buat dalam UMNO?Apakah nilai Islam yang berjaya hang terapkan dalam UMNO?Ptuihh!!!!

Apa yang aku marah sangat dengan Fathul Bari ni?


Aku bukan ustaz nak terangkan apa maksud addin tu,tapi dalam kenyataan ularmak UMNO ni,addin bermaksud "yang merangkumi seluruh kehidupan manusia"...Apa hang paham ka dak yang hang cakap ni?Ka tau cakap tapi tatau maksud?

Ulama konon!Orang macam hang la pelingkup Islam...Wehhh toksah sembang nak jadi hero Islam tapi boss kat atas tak berani nak tegoq!

Orang-orang agama kalo nak bercakap pasai agama toksahla duk guna suratkhabaq sebab wartawan yang menulis pon belom tentu semayang cukup!Kahkahkahkah...Satgi hangpa kata lain wartawan tulis lain..Pi antaq kat editor,dia plak kalih jadi benda lain..Hehehehe

La ni camni laa...Nak bagi puas hati semua orang khususnya orang Islam kat Malaysia pasai isu ni..Aku cadangkan wat satu program debat antara Presiden PAS dengan Ularmak muda UMNO ni...Ada berani???Kalo wat forum nanti tak tercapai matlamat sebabnya orang ketiga pasti akan jadi langau hurung taik!

(*)Kita bukan nak gaduh tapi Nabi Muhammad galakkan perbincangan..Takkan nak harapkan Ibrahim Ali atau Rosmah bercakap pasai Islam?Kahkahkahkahkah!!!

Ni haaa surat cinta untuk Fathul Bari aka Ularmak Muda UMNO =)

Tuesday 1 May 2012

PANAS!!! : Polis China bunuh semua demostran BERSIH 3.0!!!

Ishhh...Aku tatau la nak habaq camna..Aku ingatkan polis Malaysia ja ganas rupanya polis China lagi kejam...Abeh semua demostran BERSIH 3.0 iaitu rakyat Malaysia di China ditetak,ditembak,dipijak dan diludah!!!Celaka sungguh!!!

Kalo camtu la perangai polis China,memang polis Malaysia sejuta kali lagi baik...Hidup polis Malaysia!!!Aku bangga sangat ada polis baik dan berhemah macam polis kat Malaysia,negara tercintaku ini...Hehehehe

Bawah ni gambaq demonstran sebelom polis China datang wat huru-hara...Lebih kurang 500 orang demonstran yang terlibat dalam perarakan aman ni..








Haaa..Tengok gambaq bawah ni...Polis dah mula datang..Kejam oiiii...Bersepah-sepah kepala otak demonstran atas jalan...Ada yang tali perut terburai...Kaki putuih!!!Gila kejam!!!






Wakakakaka...Kahkahkahkah...SANGAAATTTT KEJAAAMMMM KAAANNN...Hahahahahaha!!!

Sumber dari SINI..Thanx Bro Brad Hoo =)

Cetusan rasa seorang perempuan...


28 April 2012, seawal pagi telah membuktikan ketertiban para peserta DUDUK & BANTAH Bersih 3. Mereka kelihatan sangat profesional, penuh semangat kekitaan, persaudaraan, perpaduan bahkan bersedia menjadikan himpunan itu sebagai satu rapat rakyat daripada pelbagai keturunan yang sangat aman pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Ini terbukti  dengan kehadiran ramai kalangan mereka bersama seisi keluarga ; ayah ibu, anak-anak, tua muda, kecil besar bahkan termasuk juga rakan-rakan kita dari kalangan OKU - Orang Kelainan Upaya. Ada yang hadir dengan berkerusi roda, berpapah, bertongkat dan berdukung.

Andainya rakyat memang hadir ke situ untuk bertempur dengan pihak  Polis, tentulah ratusan ribu rakyat itu lebih mampu menumpaskan keselamatan yang jauh lebih sedikit bilangannya. Tetapi itu tidak berlaku bukan? Bahkan rakyat pasrah melarikan diri selepas REGIM PDRM yang mendapat perlindungan dan jaminan suaka selamat  REGIM BN membuat tindakan ganas menyepak, menerajang dan mengheret rakyat dengan muka terseret di atas tar jalan raya!

Sangat sadis situasi pada petang itu. Ironinya ratusan ribu rakyat itu majoritinya masih upaya menahan sabar dan hanya pasrah dalam pekik raung meminta tolong agar dihentikan pembelasahan regim dalam raut calar petang sabtu 28 April.

Kamera, Video Kamera, Handphone Berkamera rakyat dirampas bagi melupuskan bukti kehancuran demokrasi kolot Regim UMNO Barisan Nasional.  Seketika saya sangat merasakan itulah manifestasi kedzaliman Regim Tel Aviv ke atas ummat Palestine!

Tragedi keganasan Polis yang sebenarnya  terus berulang! Langsung tidak menampakkan hasrat dan iltizam untuk berubah dan bertindak secara matang. Rakyat yang kalian ganasi itu adalah rakyat kita, rakyat Malaysia.

Hatta kalian juga tahu sebenarnya yang memulakan angkara provokasi adalah daripada kalangan kalian sendiri, meski berbaju kuning BERSIH tetapi jiwa dan gelagat mereka jelas menzahirkan kemunafikan dan kekotoran asuhan Regim! Jangan sama sekali mahu berdusta, selagi kalian percaya adanya Tuhan dan Hari Pembalasan! Setiap yang terlibat, doa kami mereka tidak akan selamat!

Nah, setelah terbukti pada 28 April 2012, ratusan ribu rakyat komited meneruskan acara DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka dengan semua mereka menghala ke sana secara teratur dan aman…. hatta saya sendiri  bersama adik-adik Ameerah DUDUK & BANTAH di bahu jalan, bawah tiang lampu traffic depan DBKL seawal jam 10 pagi. Kami menjadi saksi betapa suasana begitu tertib. Laungan “duduk duduk, bantah bantah”, “buka buka, buka dataran”, “bersih bersih bersih bersih, bersih bersih…”, dan bila lagu Negara ku dinyanyikan maka kelihatan ramai yang duduk tadi terus berdiri. Ini adalah bukti semangat hormat, setia cinta dan sayangkan Negara yang tidak pernah berbelah bahagi.

Semua yang hadir di situ adalah kelompok rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap urus tadbir Negara. Kelompok yang sangat prihatin terhadap keselamatan dan kedaulatan Negara akibat terlalu banyaknya bukti penyelewengan dalam Daftar Pemilih SPR dan pemberian hak warganegara kepada pendatang-pendatang asing atas kepentingan survival BN.

Rakyat yang hadir pada hari itu hakikatnya adalah wira-wira baru Negara. Dan jangan Najib mahu berpaling daripada janjinya bahawa dia dakwanya akan mendengar denyut nadi dan hasrat rakyat! 28 April 2012 itu ratusan ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur. Apakah Najib tidak upaya mendengar denyut nadi Bersih 3? Najib sebenarnya mahu apa lagi? Sedang dilandakah Najib dengan “Denial syndrome”, sindrom penafian?

Selepas terbukti limpahan ratusan ribu rakyat Malaysia hadir, mengapa Regim lebih memilih untuk “BERKERAS HATI”  tidak membuka laluan masuk ke Dataran Merdeka? Tempat itu bukan kawasan larangan umum. Tempat itu bukan kawasan persendirian. Bahkan dalam banyak masa, tempat itu menjadi persinggahan anjing, kucing dan tikus! Tempat itu juga adalah kawasan pelancongan awam. Tempat terbuka. Betapa derhakanya Datuk Bandaraya Kuala Lumpur bila menafikan hak “para pelancong Bersih 3” ini.

Muhyidin Yasin dan para proksi Regim UMNO BN (dari kalangan NGOs baru yang hidup segan mati tak mahu) sibuk menuding jari kepada Penganjur Bersih 3 dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga sengaja melupakan punca utama terjadinya DUDUK & BANTAH pada 28 April 2012 itu adalah daripada kepincangan, penipuan dan penyelewengan dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya Negara ini yang diterajui oleh SPR yang mana Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya adalah “baruah” dan “pencacai” UMNO! Selama ini makan duit membesarkan anak bini daripada hasil haram, menipu dan memperbodohkan rakyat. Shame on you Muhyidin!

Setakat berhujjah bahawa Dataran Merdeka tidak tergazet sebagai kawasan himpunan dalam akta yang baru? Maka apakah laluan dan persinggahan yang kami semua lalui pada hari itu tergazet??? Umum tahu akta itu ditolak rakyat.

Dunia tahu betapa akta itu adalah satu pembohongan Regim untuk melakukan silap mata bahawa kononnya Regim Najib telah berubah dan iltizam untuk menghormati hak berhimpun rakyat. Nah, bukan kah tragedi malang rakyat pada 28 April 2012 baru-baru ini adalah bukti kukuh bahawa Regim UMNO BN ini sebenarnya dalam kegilaan dan kegelabahan yang cukup parah?

Selepas terkesima dan hampir tidak percaya dengan kata-kata Hishamuddin Hussien Onn pada 27 April, sehari sebelum Bersih3 mengambil tempat yang antaranya berkata “Apa pun yang berlaku esok (28 April) saya telahpun menyerahkan tugas kepada Polis…”, kini saya fahami. Rakyat sebenarnya sengaja diizinkan untuk berkumpul sesak dari semua arah....sedang pihak polis telahpun siaga untuk "menghukum" rakyat. Ratusan ribu rakyat sebenarnya dijadikan "senjata" oleh regim untuk bertindak kerana mereka tahu dalam keadaan yang sebegitu ramai itu, selepas melepaskan air berkimia dan gas pemedih mata maka tentulah jumlah yang ramai itu dengan sendiri menjadi satu kelebihan kepada pihak polis!

Dengan hanya satu tembakan gas pemedih mata hakikatnya ratusan ribu rakyat yang tidak bersedia dengan kedzaliman itu telahpun lari bertempiaran. Bergelimpangan. Undur kehairanan. Saya menyaksikan ramai terpinga-pinga…”what is going on”?

Lelaki perempuan, tua muda menangis sambil juga menyelamatkan diri bukan sahaja daripada simbahan air berkimia, gas pemedih mata yang dimuntahkan bertubi-tubi…hatta lari daripada belasahan anggota polis yang umpama kerasukan syaiton.

Mengejar dan membelasah rakyat. Seolah anggota-anggota polis itu semuanya sedang kelaparan? Saya mendapat maklumat mereka memang telah dibiarkan lapar selama 3 hari? SUHAKAM didesak untuk siasat hal ini.

Hari itu ramai rakyat hatta saya sendiri tidak bersedia dengan apa jua kelengkapan seperti air dan garam kasar. Saya dan ratusan ribu rakyat hakikatnya sangat bersangka baik dengan Najib yang janji mahu berubah dan mendengar denyut hati rakyat. Shame on you Najib!

Apa pun pembohongan, gambaran buruk yang cuba diberikan oleh pihak Regim termasuk media proksinya, saya mahu tegaskan ini : RAKYAT SUDAH SEPENUHNYA HILANG KEPERCAYAAN. TUNTAS!

Semua yang bertugas dengan pihak media proksi regim ini sewajarnya menimbangkan semula posisi mereka di tempat masing-masing. Pendapatan yang mereka perolehi daripada bertugas untuk menyampaikan cerita ceritera pembohongan insyaAllah adalah haram. Setiap isi tubuh badan manusia yang terbina daripada hasil yang haram tidak akan terlepas daripada azab api neraka.

Hidupkan hati, tidak perlu sehaluan dengan BERSIH, cukup bersikap dan bertindak jujur, matang dan bertanggungjawab kepada Tuhan. Kasihani rakyat. Anda tidak perlu untuk ke Palestin, berdada dengan Israel. Kerana di Malaysia sahaja, rakyat yang menuntut hak telah menjadi mangsa pembelasahan Regim UMNO Barisan Nasional, saudara kembar Regim Tel Aviv!

Saya seru kesedaran daripada seluruh rakyat di semua peringkat , swasta dan khususnya kakitangan awam. Marilah bersama kami, kita Selamatkan negara. Selamat rakyat kita, SELAMATKAN MALAYSIA!

REGIM UMNO BN akan kita hadapkan ke muka pengadilan selepas PRU13  insyaAllah. Najib, Hishamuddin dan Ketua Polis Negara (serta semua yang terlibat) mesti didakwa atas tindakan mengarahkan "keganasan polis" terhadap para peserta himpunan aman bersih DUDUK & BANTAH pada 28 april 2012.  Mereka tidak akan terlepas.

Agenda menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah agenda rakyat. Dan DUDUK & BANTAH tidak akan berlaku seandainya pentadbiran Najib serius membuktikan kesungguhan untuk melakukan reformasi dalam sistem pilihan raya. Menghormati 8 tuntutan rakyat yang jelas sangat mudah untuk ditunaikan!

Nah, kalau masih ada yang mahu mengatakan Bersih 3 DUDUK & BANTAH telah melakukan jenayah?... Saya  mahu bertanya ; apakah menuntut 8 perkara ini wajar dituduh sebagai jenayah dan penjenayah? 1. Bersihkan Senarai Undi. 2. Mereformasikan Undi Pos. 3. Gunakan Dakwat Kekal. 4. Masa Kempen Minima 21 Hari. 5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil. 6. Kukuhkan Institusi Awam . 7. Hentikan Rasuah . 8. Hentikan Politik Kotor.

Hakikatnya, pihak yang tidak berusaha memenuhi 8 tuntutan yang sangat bersifat asas dan fundamental ini lah yang wajar dituduh telah melakukan jenayah. JENAYAH KE ATAS RAKYAT! InsyaAllah kita rakyat akan menghukum mereka. Percayalah. ALLAHU AKBAR!


AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia
30 April 2012

Monday 30 April 2012

BERSIH 3.0 : Lagi gambaq-gambaq..Dan lagi...Dan lagiii..

Dah banyak aku masukkan gambaq pasai BERSIH 3.0 dalam blog aku ni...Nanti banyak sangat posting pasai BERSIH 3.0,jemu pulak hangpa kannn..Hehehehe

Hangpa nak tengok koleksi sepenuh gambaq-gambaq semasa BERSIH 3.0...Mai bukak kat Media Perak@BERSIH 3.0...

Jangan lupa LIKE pastu mintak HEBAHKAN kepada kawan-kawan,sedara-mara,jiran-jiran dan kepada sesapa saja!

BERSIH 3.0 : Gambaq paling comey...Wajib tengok!

DUDUK dan BANTAH...Yaa,yang ini la semua orang nak termasuk aku jugak...Bukan tujuan BERSIH 3.0 nak bagi huru hara pekan KL tu...Peserta-peserta BERSIH membayangkan satu perhimpunan aman yang harmoni skali..

Hangpa bayangkanlah kalo polis diarahkan untuk kawal kita yang DUDUK dan BANTAH pastu tepi dataran ada plak budak-budak juai ayaq oren..Makcik-makcik juai karipap panas dan pakcik-pakcik pulak juai payung dan ubat kuat..Kan indah BERSIH 3.0???Hehehehe

Bagi kita 2 jam pon dah cukup..Lantak pi la kita nak memekik apa pon sebab kita wat semua tu dalam keadaan DUDUK!Polis pon tayah penat-penat pi ligan kita..Silap-silap kita boleh belanja polis-polis minum ayaq...Kalo keadaan camtu aku rasa ramai yang nak amik polis jadi menantu...Wakakakaka

Kan best DUDUK dan BANTAH tu macam family day..Boleh bawak mak bapak,boleh bawak jiran-jiran...Tu sebab agaknya brader dalam gambaq bawah ni bawak anak kecik dia...Mungkin dia pon terbayangkan satu perhimpunan yang aman!

Sempoi laaaa
Hangpa tengok betoi-betoi gambaq tu...Bagi besaq kalo tak brapa jelas...Hangpa tengok camna brader ni bagi anak kecik hat duk blakang dia tu minum.. =)

BERSIH 3.0 : Awek rupanya yang tembak gas kat kita!!!

Bila depa dah rempuh pagaq kat dataran tu..Bersepah-sepahla depa lari masuk ke dataran..Aku pon terlajak sekali pas kena tolak dari blakang..Cissss...

Alang-alang dah berasa seket bau gas baik kena terus kan?Jadi melompat la aku ke dalam dan terus snap gambaq-gambaq apa yang patut...

Pastu aku terpandang 2 orang FRU duk kalut bukak topeng depa..Rupanya hat menembak pon tak boleh tahan dengan penangan gas pemedih mata tu haa...Wakakaka

Bila depa bukak ja topeng tu...Aku terpegun sat...Cilakak!Pompuan yang tembak!Cun pulak tu!Hangpa tengok gambaq bawah ni...


Anak sapa ni oiii????

Sunday 29 April 2012

Hangpa patut malu dengan Cina ni...

Toksah sembang hangpa pejuang kalo setakat sembang dari jauh...Toksah sembang la hangpa hebat kalo setakat jadi samseng Kampung Dusun...Wakakaka

Toksah sembang la jadik ayahanda Pekida tapi teloq duk terkemut-kemut...Berani pasai ada anak buah ramai..Kahkahkahkah...Toksah sembang ada ilmu kebal tapi ketaq dengan "water cannon" dan "tear gas" !!!

Hangpa wat malu kat mamat ni ja...Hahahaha

Aiyaaa...Wa mau tukaq kain lapik oooo..


Hehehe..Peace BERSIH!
(*)Hat mana kaki elok tapi duk umah pastu sembang besaq baik potong hang punya kaki bagi kat Cina ni!

BERSIH 3.0 : Peserta demo boleh dibilang dengan jari jaaa!!!

Err...Cuba bilang dengan jari..Hehehehe..Kalo tak nampak boleh klik untuk bagi besaq ,,Takpon pakai kanta pembesaq...Kahkahkahkah

Petaling Street

LRT Masjid Jamek

Dari Pudu melalui Jalan Tun Perak

Menuju dataran

BERSIH 3.0 :Gambaq-gambaq sempoi untuk ditatap

Aku bubuh gambaq yang ringan-ringan dulu untuk hangpa tengok...Insyaallah pasni aku bawak masuk gambaq-gambaq yang lucah-lucah pulak..Kahkahkahkah..Tungguuuuu!!!

Aku tak paham..

Ehh...Anty pon ada laa

YB pandai cakap Jawa

Tuanku...Dengaq dan lihatlahh

Poster BERSIH 3.0 versi bahasa Tamil

Muslimat Ipoh mali..

Ustaz Sidek Noor..Steady laaa

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

MP Ampang

YB Elizabeth WOng
Kaki aku kekejangan..Tapi sebab teringat kat hangpa la..Aku gagahkan jugak menapak berbatu-batu nak tunjuk gambaq yang aku sendiri shoot..Hehehehe