Tuesday 9 October 2012

Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!


Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku...Aku sebok sebab keja agak banyak..Aku wat blog ni mana aku reti nak suh orang boh iklan..Jadi,kena la keja kuat nak tanggung keluarga..Hangpa bukan bagi aku duit pon dan aku pon tak pernah mintak!

Wehhh..Ingat lagi dak cerita ni...Al kisah Zambry Kadiaq 1,Al kisah Zambry Kadiaq 2 dan Al kisah Zambry Kadiaq 3??? Pehhh..panas oiii...Empunya badan sudah hangit satu badan dan dengaq khabaq angin sampai tumbuk-tumbuk meja bila perangai buruk dia didedahkan!!!Dia marah bukan pasai cerita tu fitnah tapi sebab kantoi tu memang perangai dia...Kahkahkahkah

Orang kampung dah pandang serong lagi serong dari Titi Serong...Kahkahkahkah...Aku bukan suka buka aib orang tapi 'seseorang' kena bagi sedaq orang yang sombong macam Faisal Shafie ni...Wehhh,adik angkat Zambry Kadiaq ni hangpa jangan harap la dia nak senyum walopon gaji hangpa kurang seringgit dari dia...Dia punya sombong,Masya Allah...Maha dahsyat!

Dengaq cerita,baru-baru ni Sultan Perak (empunya Teluk Rubiah..opsss) ada bagi pangkat apa ntah kat adik angkat Zambry Kadiaq ni..Pehh,apa lagi makin besaq la kepak dia..Punya nak cerita kata ada pangkat sultan bagi sampaikan orang yang sama kena dengaq cerita dia 2,3 kali..Kehkehkeh...Wat camna,sapa sangat nak kawan dengan dia...Dia kawan semua dengan 'setan' oiiii..'Malaikat' ni sapa nak pandang kannn (Tun M kata)...

(*) Kalo ini orang mau jadi calon..Memnag dia sembelih diri la...Kahkahkahkah

Tuesday 28 August 2012

Senyum...Krenyih...Takurihing :)

Assalamualaikum wbt kepada pembaca blog ni...Tak kira la hangpa fanatik blog ni ka atau pun pembenci blog ni (aku pedulik apa),tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat hangpa semua...

Ishhhh...dah lama tak update blog ni pasainya aku sangat sebok! Insyaallah dalam masa terdekat ni akan ada posting2 terbaru yang ternyata lebih kurang ajaq tapi berfakta dari sebelum-sebelum ni.....Kehkehkeheh

Lagi bangsat UMNO lagi kaw aku bantai!

Sabaq noooo semuaa... :)

Monday 11 June 2012

Pesawah padi patut mai program ni..Waaaajib!!! Sebarkan!!!


Hangpa rasa hangpa pesawah padi?
Hangpa rasa ada yang tak kena dengan harga padi dan subsidi berkaitan padi?
Hangpa rasa patutnya hangpa dapat lebih dari hasil padi hangpa?
Jom pakat-pakat hadir dan luahkan apa yang terbuku kat hati hangpa tu..
Hangpa orang PAS ka?Orang UMNO ka?Orang tak berparti ka?Tak kira apa bangsa sekalipon..Kalo hangpa rasa hangpa kerja wat bendang..Datang ramai-ramai...Toksah harapkan UMNO nak jaga pesawah macam hangpa!!!

Kerajaan Barisan Natang sebok sangat nak jaga peneroka...Bagi benda tu bagi benda ni..Tapi sayang peneroka tak sedaq yang depa bakal kena tipu..Bila pembangkang dedah..Peneroka kata pembangkang tipu dan dengki!Lantak pi la kat hangpa...

La ni nak tanya pulak..Pasepa kerajaan Barisan Natang tamau jaga pesawah padi?Awat,beras yang kita makan ni semuanya diimport dari luaq ka?Pikiaq-pikiaq la sama...Harga padi tak menentu..Bila kita tanya pasepa harga padi kat Kedah lagi mahai...Orang atas jawab sebab kualiti padi kat Kedah lagi baguih...Ok,kalo kata camtu pasepa harga beras yang kita beli sama saja...Bukan kita tau pon beras tu mai dari mana..

Apa pon,aku sarankan supaya pesawah-pesawah datang program ni sebab kita nak bincangkan berkaitan nasib pesawah pada masa akan datang..Kita duduk,dengaq apa yang PAS cuba nak usahakan untuk membela nasib pesawah-pesawah...Tumbang ja Barisan Natang pada PRU 13 ni maka akan berjalanlah proses penambahbaikkan untuk keluarga-keluarga pesawah kat Malaysia ni...PAS bukan bagi janji kosong pasai ni!

Harap sapa-sapa yang baca pasai ni boleh amik banner ni pastu SEBARKAN kepada kawan-kawan UMNO kita yang keja jadi pesawah...Buh la kat blog ka,facebook ka atau apa saja medium maya yang ada...Datang ramai-ramai dan pakai baju HIJAU!!!

Saturday 9 June 2012

Kalo bini aku lebih dari sorang lagu mana???

"Felda prihatin, bimbang peneroka akan tanggung rugi besar jika diberi unit besar," jawapan yang diberikan oleh Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka, sebagai jawapan kenapa peneroka-peneroka Felda diberikan hanya sekadar 800 unit saham.

Jawapan ini mengandungi berbagai pengertian.  Pengertian pertama ialah Felda tidak yakin bahawa saham FGV ini boleh mendatangkan untung, justeru, Felda sangat berhati-hati untuk memperuntukkan saham yang besar kepada peneroka dibimbangkan bahawa peneroka-peneroka akan menanggung risiko kerugian.

Pemahaman yang kedua ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak layak untuk memiliki saham yang lebih besar  kerana akan menghakis peruntukan saham kepada golongan bukan peneroka termasuk golongan Melayu yang diluluskan oleh MITI dan golongan korporat samada Melayu atau Bukan Melayu, samada korporat dalam Negara atau luar Negara.

Pemahaman yang ketiga ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak tahu perniagaan dunia saham dan saham yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka akan hanya membebankan peneroka-peneroka.Pemahaman yang keempat ialah penyenaraian Felda Global Ventures bukanlah untuk kepentingan Peneroka.

Secara ringkasnya, peneroka-peneroka Felda telah tertipu dengan UMNO/Felda berhubung penyenaraian ini, dan jelas membawa erti bahawa golongan peneroka tidak berhak menerima apa-apa keuntungan daripada penyenaraian ini.

Peneroka-peneroka telah pun diberikan imbuhan sebanyak RM5000.00 hasil daripada pemajakan 850,000 ekar tanah Felda Plantation dan tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah-tanah yang tidak dimiliki oleh peneroka seperti tanah-tanah lapang, dan tanah-tanah yang kini digunakan untuk keperluan awam.  Dijanjikan bahawa isteri kepada peneroka-peneroka akan pula menerima RM5000.00 dan kemudian anak-anak peneroka juga akan menerima RM5000.00.

Pemberian kepada isteri-isteri peneroka menimbulkan kekeliruan apabila peneroka-peneroka berkenaan mempunyai lebih dari seorang isteri.

Lebih parah yang akan menimbulkan persengkitaan didalam keluarga apakala akan dilaksanakan pemberian RM5000.00 kepada anak-anak peneroka.  Sekarang pun sudah berlaku sengketa apabila anak-anak peneroka sudah mulai bertelingkah sesama sendiri mengenai pembahagian wang RM5000.00 tersebut.  Wang pemberian tidaklah sebanyak mana apabila dibahagi-bahagikan tetapi keretakan didalam keluarga adalah besar dan tidak tertampung dengan pemberian sekecil itu.

Wang hasil dari pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan tanah-tanah lain didalam rancangan Felda berjumlah RM5.6 billion, tetapi imbuhan yang diberikan kepada peneroka-peneroka hanyalah sekadar RM1.6 billion.  Persoalannya baki sebanyak RM4 billion itu dipelahap oleh siapa.  Sehingga sekarang tidak ada jawapan yang diberikan oleh Felda, Isa Samad atau Najib Razak, sama seperti wang yang dipinjam dari KWSP sebanyak RM6 billion.  Siapa mentedarah wang itu kerana Felda tidak pernah memberikan sebarang jawapan kegunaan pinjaman sebanyak RM6 billion tersebut.  Perlu diingat bahawa KWSP adalah pemegang amanah wang semua pekerja di Malaysia, bukan milik Isa Samad atau Najib Razak.

Terlalu banyak apa yang dilakukan atas nama peneroka Felda menjadi misteri yang tidak ada jawapan.  Dan jawapan Felda bahawa peneroka-peneroka hanya sekadar diberikan 800 unit saham didalam FGV adalah alasan yang paling terang dan jelas bahawa Felda terus menerus menipu peneroka-peneroka didalam penyenaraian FGV ini.

(*)Kalo yang usaha ladang sawit dulu mak tua..Pastu mak tua meninggai tak sempat nak rasa duit saham tu..Bapak plak kawin lain..Anak-anak mesti komplen punya..Pasepa bagi duit saham tu kat mak muda sedangkan yang tolong bapak dulu mak tua...Mak muda tak layak amik duit tu!!!haa..Lagu mana nak jawab ni???Kahkahkahkah

Sumber dari SINI

Thursday 7 June 2012

Siapa yang nak memartabatkan Islam ni???

Aku makin tak paham dengan gaya pemikiran pemimpin UMNO la ni..Semuanya dah macam dah kena badi kata-kata "Melayu Mudah Lupa" Tun M dulu nampaknya ni..Hehehehe...Tapi yang lupa tu hanya pimpinan UMNO bukannya orang Melayu..


Hangpa tengok gambaq atas tu ada hangpa terpikiaq macam yang aku pikiaq?Yang Melayu Islam belah kiri tu boleh batalkan program Ustaz Azhar Idrus ganti dengan tarian tayang paha amoi Korea di PICC..Tapi yang Cina hat belah kanan tu pulak tadak halangan untuk dijalankan program Ustaz Azahr Idrus dibuat di Padang Kota Lama..Wehhh,hangpa kata Cina tu anti Islam kannnn???Wakakakaka

Isunya sekarang ni mana bukti yang kata UMNO nak jaga Islam kalo benda simple camni pon payah nak buat???Rakyat nak tengok bukti bukannya nak dengaq sembang sampai berbuih mulut...Hahahaha

Wednesday 6 June 2012

UMNO Bagan Serai wat tempat awam macam harta bapak depa

Puak UMNO Bagan Serai ni makin lama makin bangang...Opsss lupa...Ketua Bahagian dengan Timbalan dia jenis mengaji tak tinggi...Wakakakaa...Pasepa aku kata depa ni bangang?Tengok gambaq bawah ni..


Aku musykil sebenaqnya dengan puak-puak tak reti bahasa ni...Sejak bila pulak depa ni ada dataran sendiri?Yang aku tau la..Kalo puak-puak ni nak wat program mesti depa pakai padang sekolah takpon kat dewan-dewan kerajaan..

Bila aku selidik tanya rupanya depa nak gunakan kawasan letak kereta depan pejabat UMNO Bahagian Bagan Serai untuk program ni...Weeehh...Tanah depan tu UMNO punya ka?Bukan ka tempat tu bawah seliaan pejabat daerah atau majlis daerah?Oooo...Maknanya apa saja yang harta kerajaan mesti jadi harta UMNO?Pelaq sungguh puak-puak ni...SU keja cikgu tapi akai macam lembu..Hehehehe

Ini mesti kes nak balas dendam la ni sebab ari tu depa tak berjaya halang program yang PAS wat sebelum ni...Kesiannnnn...Wakakakaka....Wehhh..Jangan sampai import budak pompuan India sebab nak tunjukkan puteri UMNO tu ramai dahla...Kahkahkhakah

Thursday 31 May 2012

Bapak hang punya parking ka?

Kalo orang lain wat camni...Pehhh berapi2 tazkirah...Pastu siap nak bawak kuaq buku saman...Ni kalo hang wat takpa?Hang rasa hang besaq?Wehhh gaji hang pon ada yayasan yang bayaq ka?


Ni tempat parking moto...Dahla hang parking serong...Keta lain nak lalu cmna?Akai buh tang mana?Bodo polis ni!

Wednesday 30 May 2012

Aku benci penipu bersiri macam Zambry Kadiaq

Zambry Kadiaq penipu!Zambry Kadiaq pengkhianat!

Zambry Kadiaq penipu!Zambry Kadiaq pengkhianat!

Bawah ni senarai hutan simpan yang Zambry Kadiaq dah mansuhwartakan!


1. 21 Mei 2009: 101.09 hektar. Hutan Simpan Batu Undan.
2. 11 Nov. 2009: 40.47 ha. Hutan Simpan Segari Melintang.
3. 8 Julai 2009: 5.24 ha. Hutan Simpan Lumut.
4. 6 Jan 2010″ 121.16 ha. Hutan simpan Teluk Muroh.
5. 31 Dis. 2009: 2.20 ha. Hutan Simpan Pangkor Selatan.
6. 9 dis. 2010: 3178.14 ha. hutan Simpan Gunung Besout.
7. 23 Dis 2010: 500.50 ha. Hutan simpan Kledang Saiong.
8. 17 Jan 2011: 145.68 ha. Hutan Simpan bintang hijau.
9. 18 Ogos 2011. 748.6 ha. Hutan Simpan Korbu.
10. 2 Disember 2011: 69.55 ha. Hutan Simpan Korbu.
11. 6 disember 2011: 567 ha. Hutan Simpan Sungai Kroh.
12. 10 Jan 2012″ 1214 ha. Hutan Simpan Korbu.
13. 1 Mac 2012: 390 ha. Hutan Simpan Bukit Slim
14. 1 Mac 2012: 75.27 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
15. 1 Mac 2012: 87.41 ha. Hutan Simpan Bukit tapah.
16. 1 Mac 2012: 92.24 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
17. 1 Mac 2012: 116.69 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
18. 2 Mac 2012: 69.88 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
19. 2 Mac 2012: 70.41 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.

Cerita penuh drama di ambik dari SINI

(*)Zambry Kadiaq tak layak jadi wakil rakyat,wakil penyangak memang kena dah =)

Baik jadi lembu daripada jadi menteri tapi tadak kuasa!

Bawah ni keratan Sinar Harian hari ini...


Hehehehehe..Ini alasan bangang namanya...Pasepa bagi alasan bangang camni?Salah ustaz yang mengajaq ka?Kahkahkhakah..Ini semua salah diri sendiri yang memanjang lari bila ustaz baru nak bukak kitab..Wakakakaka

Awatnya tak batalkan konsert amoi paha gebu tu dan wat ceramah Ustaz Azhar Idrus?Hah!Jawabla!Pastu bila semua jari tala kat dia..Mula kata dia tadak kuasa..Wehh tadak kuasa jangan jadi menteri,baik jadi lembu...Kahkahkahkah

UMNO Bagan Serai dibakulsampahkan oleh PAS Bagan Serai...Kahkahkah

Alhamdulillah...PAS Perak bersama PAS Bagan Serai telah berjaya wat Munajat Perdana yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa dari Pondok Ar Rahmaniah,Sik,Kedah.

Dengan jumlah jemaah yang hampir 2000 orang..Program ini dianggap berjaya kerana cubaan UMNO Bagan Serai nak halang program malam tadi ternyata gagal...Wakakakaka...Bertambah panas pungkoq SB dan Tuan DO dimaki Ketua Bahagian dan mungkin pasni kena standby untuk dimaki Zambry Kadiaq pulak...Kehkehkeh...Aku suka,aku suka!!!!!





Tuesday 29 May 2012

Bila pompuan gila tak makan ubat..Hehehe

Video ni menayangkan perang ceramah antara Khalid Samad dan pompuan gila si Ummi Hafilda..Kalo blogger lain tonjolkan ucapan Ummi Hafilda yang memaki hamun Tok Guru Nik Aziz dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain pada minit yang ke 1:36..Tapi aku nak hangpa tengok minit yang ke 1:14...

Pada minit ke 1:14 tu,pompuan gila ni menyebut tentang 'NUR' di wajah pemimpin UMNO...Hah?'NUR' di wajah pemimpin UMNO?Wakakakakak..Lawak,lawakkk!!!!Hangpa tengok video ni..


Tapi aku setuju..Memang muka pimpinan UMNO ada NUR..Memang jelas kat dahi tu..Hehehehe..Tapi bukannya 'NUR' yang bermaksud cahaya tapi NURRRRAKAAA!!!Kahkahkahkah

Sultan Johor dan WWW 1 =)

Panas 2 hari ni pasai no plat WWW 1 milik Sultan Johor yang bernilai RM520K tu...Ramai yang malu-malu nak komen walopon dalam hati memang tak puas hati..Tapi blogger haprak UMNO mempertahankan kononnya pembangkang cuba mainkan isu no plat tu..Wehh bahalol,pembangkang bukan heran pasai no plat  tu tapi pasai 'nilai' no plat tu...Hangpa tengok DS Nizar kata apa bawah ni...


Panasssss....Pasti blogger UMNO haprak akan spin isu ni dan kembali melabelkan DS nizar DERHAKA!Kehkehkehkeh...Bila ramai bersuara,anak Sultan Johor pon bertindak mem'back up' ayahandanya..Hehehehehe..Tengok bawah ni apa Putera Mahkota kata...


“Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim..Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum anda buka mulut anda, sila selidik.”

Memang betoi pon anak-beranak ni tak amik duit kerajaan sebab depa dapat duit tu dari Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim..Duit yayasan ni mai dari mana?Cuba perati persamaan bawah ni dan kaitkan dengan peruntukan tadi tu..

A=B=C,jadi C=A

Sumber gambaq di SINI

Monday 28 May 2012

Transformasi dari seorang ustaz kepada seorang penyangak maya!


Tajuk atas tu memang sesuai sangat untuk ularmak UMNO ni...Sesudah hanya pandai bercakap saja tapi tadak teloq untuk melaksanakan,sekarang si ularmak terpaksa menambah pengisin baru dalam siri gebang kuat dia untuk meraih sokongan remaja kepada UMNO....

Kalo dulu duk main isu berkaitan agama di pentas-pentas ceramah dan forum umum..Tapi sekarang dah pandai wat roadshow macam 'pakar motivasi' tu...Si ularmak cuba mentarbiyyah pemain-pemain maya supaya pandai menjawab isu berkaitan hal yang kononnya fitnah...Jangan jadi kembaq Ostad Kazim  oiiiii..Hahahaha

Apa respon si ularmak ni mengenai Himpunan Maksiat Negara 2 hari yang lepas?Kononnya semua anak muda telah suci rohaninya setelah penat bergelek dan menjeling paha gebu amoi Korea..Wakakaka

Sudahla wahai ularmak..Berentilah jadi pengampu..Berentilah jadi pak turut!Duduklah dalam Pakatan Rakyat...Doa hang takkan dapat menggagalkan pembongkaran skandal Scorpene dan pembunuhan Altantuya!

Pantun terbaek petang ni...Hahahaha

Belek punya belek dalam news feed facebook..Aku jumpa pantun ni..Pehhh memang makan dalam laa..Wakakakaka


Kahkahkahkahkah!!!
Tapi puak UMNO ni toksah kata apa la...Mana hat karat tu..Payahla nak berubah...

Sah,laki Rosmah sesat dan buta agama!

Tengoklah apa admin laki Rosmah tulis kat wall fb kat bawah ni...Hangpa percaya ka laki Rosmah nak tegoq apa admin tu tulis???Jangan harap laa...Laki Rosmah duk syahdu lagi dibuai paha gebu amoi Korea...Wakakakaka


Aku dah kata,bila ada orang yang nak cuba pebetoi pimpinan atasan kerajaan Barisan Natang,mesti kena tegoq punya...Nak selamat kena jadi macam ularmak muda Fathul Bari...Kahkahkahkah...Apa Hassan Aqiiiiidah nak kata haaa???Hahahaha

(*)Tahniah Imam Muda Fakhrul dan Imam Muda Fattah yang berani menyatakan secara terbuka perkara lagha semasa Himpunan Sejuta Maksiat yang abeh malam tadi...

Saturday 26 May 2012

Menteri ni patut diluku kepalanya!

Bila Tun M kata dalam UMNO tadak yang bijak pandai,pencacai UMNO marah...Bila pembangkang kata dalam UMNO tadak sekoq jantan yang ada teloq,pon UMNO marah jugak..Bila orang kata yang dalam UMNO dah terkena sumpahan lembu Kak Ijat sampai semua macam hidung kena cucuk pon orang UMNO marah...Wakakaka

Apapon dalam UMNO ni toksah sembang la nak jaga agama..Putaq belit agama banyak dan bersepah-sepah macam sampah!..Yang terbaru dan masih PANAS,bila menteri yang jaga agama kantoi menipu..Punya celaka mangkuk ni,boleh dia kata kuota haji terpaksa dikurangkan kerana kerajaan Arab Saudi marah kat demostran yang berkumpoi dan berpakaian kuning sambil pegang banner BERSIH 3.0 dalam Masjid Nabawi.


Hal ni disahkan sendiri oleh Ustaz Mokhtar Senik (Ketua Dewan Ulama' PAS Pahang) yang tepon tanya kat kawan-kawan dia yang ada kat sana (Arab Saudi).Kawan-kawan dia habaq..Berita pengurangan kuota haji Malaysia disebabkan oleh BERSIH 3.0 adalah tak betoi dan depa dah belek dalam suratkhabaq hal ni dan memang tadak satu kolum kecik pon yang tulis pasai tu.

Yang sebenaqnya,bukan kuota haji Malaysia saja yang kurang malah kuota haji seluruh negara dikurangkan disebabkan oleh kerajaan Arab Saudi nak robohkan penempatan jemaah haji yang lama dan digantikan dengan yang baru..Langsung tadak kaitan dengan kemarahan terhadap BERSIH 3.0!

Tu pasai aku kata menteri ni patut diluku kepala tu bagi cerdik seket...Bercakap pakai la akai bukan pakai lutut!Bahalol!

Cerita dalam versi yang sopan mai baca SINI..

Thursday 24 May 2012

PAS VS PKR?


Tajuk mungkin pelik dan mungkin boleh menimbulkan kontroversi...Tapi aku rasa benda ni kena bagi perjelas supaya yang mana tak nampak boleh nampak dan yang mana gelap boleh jadi terang...Macam Nabi Muhammad SAW telah bersabda.."Berkatalah benar walopon pahit"...Ini aku tulis apa yang aku rasa..Hehehehe

Dalam pimpinan Pakatan Rakyat sebok mengatur strategi nak menang namun masih ada lagi beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang masih belum jelas statusnya..Mungkin ada kerusi yang PKR pertahan tapi PAS nak dan ada jugak kerusi PAS yang PKR nak..Itu biasa,masing-masing ada hujah nak bagi kuat alasan depa..

Hangpa pi la mana-mana pasti hangpa akan dengaq cerita buruk PKR..Macam biasa,ada yang kata PKR sama macam UMNO dan ramai jugak akan kata PKR jentera parti tadak..Dua-dua tu aku setuju tapi tak sepenuhnya..Aku cakap camni bukan bermakna aku nak masuk jadi ahli PKR..Jangan harap!

Cuma yang aku nak tekankan adalah bila dekat-dekat nak pilihanraya ni,orang duk sebok kuatkan jentera ada beberapa tempat yang berpuluh kali mesyuarat tapi hanya membincangkan isu parti mana wakil di DUN atau Parlimen depa!Aku dah naik meluat..Weehhh UMNO makin rajin wat kerja tapi hangpa makin hari makin berbalah sampai luaq mesyuarat pon masam muka,apa cerita ni?

Bagi aku yang setahun jagung bergiat dalam politik ni,mana-mana parti politik pasti ada kelebihan dan kekurangan...Parti politik dikuatkan oleh manusia-manusia yang ternyata tak lari dari melakukan kesilapan..Hangpa masih ingat dak apakah tujuan penubuhan satu gerakan yang dibagi nama ABU yang bermaksud Asalkan Bukan UMNO?Dalam ABU ni semua parti politik dan semua jenis orang yang tak berparti duduk di bawah satu gerakan dengan tujuan nak menumbangkan UMNO!

Aku ringkaskan camni...PAS kekuatan jentera dia memang PKR akui takleh celen!Dan kebanyakan kerusi yang PKR bertanding dalam Semenanjung semuanya jentera dimonopoli oleh PAS! (PKR kena sedaq benda ni)..Hahahaha...Itu kelebihan PAS..

Apa pulak kelebihan PKR?PKR pon ada cara dia sendiri untuk tonjolkan imej dia dalam Pakatan Rakyat..Buktinya senang..Sapa yang rajin korek isu cincin bini Najib yang RM24 juta tu?Sapa dia yang londehkan skandal lembu RM250 juta?Sapa dia yang dedah pasai skandal Scorpene?Ini 3 isu besaq yang bukan saja dimainkan oleh orang PKR tapi pimpinan PAS pon pakai isu ni bila berceramah!

Orang PAS kena paham pasepa kita berpakat dalam Pakatan Rakyat..PAS hebat dengan jentera manakala PKR pulak hebat dengan pembongkaran isunya..Jadi kedua-dua ni kita gabungkan maka jadilah satu pasukan yang cukup kuat!Kalo masing-masing berkeras baik takyah tubuh Pakatan Rakyat!

Jadi nak dekat PRU 13 ni harap suma 'cool down'...Apa yang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dah putuskan suma kena terima dengan berlapang dada...Contohnya PKR bertanding di kerusi yang selanyaknya ditandingi PAS,orang PAS patut terima..Itu keputusan pimpinan tertinggi..Andainya PKR kalah kerusi tu,seharusnya PKR sedaq yang dia tidak diterima di situ dan patut diserahkan kepada PAS!Dan andaikata PKR menang jangan pulak jaga orang PKR saja..PKR kena ingat jentera parti mana yang bantu hangpa menang...Begitu jugak kalo perkara ni berlaku pada PAS...

Apa-apa pun kita tumbangkan UMNO dan Barisan Natang!

Wednesday 23 May 2012

Bila nak wat debat hat ni pulak?

Semalam dah selesai debat pasai PTPTN antara menantu Pak Lah dengan Rafizi Ramli..Macam-macam andaian apa lagi bila menantu Pak Lah tidak menjawab kebanyakan soalan yang ditanya oleh Rafizi..

Dah tentu bersorak sakan penyokong Pakatan Rakyat bila Rafizi berjaya membelit menantu Pak Lah..Tapi kot manapon kita kena salute jugak dengan menantu Pak Lah..Hangpa pikiaq tengok pimpinan UMNO hat lain semuanya dah jadi lembu..Sumanya hidung kena cucuk oiii!!!Wakakakaka

Kiranya menantu Pak Lah ni satu-satunya jejaka yang ada teloq..Hat lain tu jangan harap la..Najib bakal dimalukan..Shafie Apdal dah ada Zahida Rafik..Taib Mahmud dah ada bini Lubnan..Shahrizat dah ada banyak harta..Raja Nong Chik pulak anak tolong jaga projek...Muhyiddin tergedik-gedik nak jadi PM tapi dia tengok gelap pon ada harapan dia tu..Kahkahkahkah

Ok...Menantu Pak Lah selaku Ketua Pemuda UMNO Persekutuan dah berdebat..Ada lagi dak sapa-sapa puak UMNO yang berani ikot macam menantu Pak Lah ni?Aku teringin nak tengok satu debat yang sepatutnya diadakan 2 tahun lepas tapi sampai ke la ni tak jadi..Ini semua gara-gara UMNO takot tembelang pecah...

Hangpa baca SINI kalo nak tau debat apa yang aku maksudkan..Tapi apa yang berlaku???Baca SINI pulak...Hehehehe

Aku tak sabaq nak tengok debat depa ni...Pasti lagi hangat...Tajuk debat pon sempoi abih!!!

Saturday 19 May 2012

Berdarah la telinga Zambry Kadiaq...Wakakaka

Biasanya orang isytihar masuk PAS ka nak masuk parti lain dalam Pakatan Rakyat ka mesti ada satu majlis ringkas..Tapi brader bawah ni isytihar kuaq UMNO kat pejabat kerajaaan tu...Hahahaha

Sempoi la...Dia pengerusi,dia tuan rumah dan dia jugak yang nak kuaq UMNO..Hahahaha..Elok la tu..UMNO tu parti najis..Segala bentuk kekotoran ada dalam UMNO...

   

Zambry oo Zambry..Bersedialah untuk dihumban dari kerusi MB tu..Hang MB haram..MB mahkamah!Untuk pengetahuan hangpa..Lelaki yang mengamok dalam video ni adalah...

Saudara Samhuri Md Zin
Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar
Ahli Majlis Daerah Kampar
SU Persatuan Pengusaha Pasir Perak
Ketua UMNO Cawangan Changkat Tin

Hebatttt...Zambry Kadiaq pon dimakinya..Wakakakaka..Wehhh..Orang UMNO yang berjawatan besaq pon dah maki UMNO,hangpa yang pencacai cap ayam nak tunggu apa lagi???

Friday 18 May 2012

Akta Perhimpunan yang baru ternyata makin menyusahkan!

Baru-baru di kawasan kampung aku,adalah orang-orang PAS yang nak wat ceramah dan sorang kawan aku tu dilantik untuk uruskan hal-hal berkaitan permit polis...

Kalo ikut kata kawan aku..Permit polis hat lama ada 4 muka surat tapi sejak lulusnya Akta Perhimpunan Aman yang kecoh ari tu,dari 4 mukasurat tinggai 2 muka surat..Kawan aku kata takpala,mugkin senang seket keja dia..

Aku cakap kat kawan aku awat lorat sangat Bagan Serai nak wat ceramah kelompok sampai kena mohon permit?..Kawan aku kata dah jadi tradisi apalagi ada orang-orang lama dalam PAS Bagan Serai yang dok rajin ikot sangat kehendak polis...Hehehehe...Jadi kawan aku tu pon layan la...

Dah siap apa semua...Satu hari tu kawan aku pon pi la balai pasai nak antaq permit..Dah selesai antaq semua tiba-tiba satu panggilan masuk..Rupanya ketua balai nak jumpa dia...Patah la balik pulak masuk balai..Sembang punya sembang,rupanya ketua balai nak bagi terang benda-benda baru berkaitan permit selepas Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan oleh Parlimen..

Tapi yang syoknya...Pas selesai sesi penerangan oleh ketua balai tu..Tiba-tiba dia kata yang dia nak tanya 2 soalan kat kawan aku..Kawan aku kata OK...Soalan 1..Kalo orang bukan Islam bagi salam camna kita nak jawab?Soalan 2..Bolehkah orang bukan Islam baca petikan ayat Al Quran beserta tafsirnya?

Kawan aku tu walaupon selekeh dan nampak macam baguih tapi bab-bab agama ni boleh tahan la lagipon dia rajin melepak dengan ustaz-ustaz...2 soalan tu dia jawab dan ketua balai tadi puas hati..Pastu kawan aku balik..

Tapi kawan aku kata,walopon permit tu kurang 2 mukasurat dari hat lama tapi isi kandungan dan larangan-larangan makin ketat seolah-olah macam tak bagi langsung pembangkang wat ceramah...Hangpa tak percaya apa kawan aku cakap?Tengok gambaq bawah ni...


Hangpa baca dan pahamkan perenggan kedua...Itu bahasa undang-undang..Ok,aku cerita kat hangpa maksud perenggan kedua tu dalam bahasa kampung macam yang ketua balai cerita kat kawan aku tadi..

Ringkasnya camni..Maksud perenggan kedua tu..Contohnya kalo hangpa nak wat ceramah kelompok kat satu rumah orang PAS tapi jiran dia orang UMNO dan jiran dia tu mengadu kat polis yang program ceramah tu boleh mengganggu dia,secara otomatik polis ada kuasa nak halang atau batalkan ceramah tadi tu...Ketua balai tu ada cakap polis akan wat camtu walopon dengan hanya satu aduan!!!

Ini bermakna undang-undang perhimpunan baru membolehkan orang UMNO 'mensabotaj' program pembangkang dengan hanya membuat satu panggilan kepada pihak polis!Tak ka celaka namanya!!!Kalo dulu orang UMNO boleh keluaq rumah awai atau pasang radio kuat-kuat sebab tamau dengaq ceramah PAS tapi la ni depa tayah wat camtu dah..Hanya telepon polis dan mengadu kata ceramah tu ganggu dia,maka polis akan datang dan mengarahkan ceramah tu dibatalkan!

Maka,aku sarankan hangpa tayah mohon permit la..Sebabnya sapa yang jadi penganjur dan isi borang permohonan permit,bermakna sebelah kaki dia dalam balai dah..Hahahahaha

Thursday 17 May 2012

Jom menonggeng ramai-ramai di Penang!!!

Maap lama sangat tinggai sampai berabuk blog aku ni..Sebok sangat duk pi sana pi sini pastu brokband punya line macam siput babi kelajuannya..Hahahaha...

Semua orang tau pasai ada Melayu tak minum 100 plus tapi tiba-tiba wat senaman tonggeng juboq kat depan rumah Ambiga baru-baru ni...Kahkahkahkah

Itu baru dalam 10 orang...Nak tengok lagi ramai hangpa mai program ni...Kahkahkahkah


Tapi aku nasihatkan sapa yang pi siap sedia la bawak topeng takut satgi ada yang tak reti nak cover,melepas bau yang lebih memudaratkan dari kena 'tear gas'...Hahahaha

(*)Ini dua orang Melay tulen dan sejati =)

Tuesday 8 May 2012

Azmin Ali kaki cantas???

Hehehe..Tajuk panas...Orang yang terbuka pemikiran dan bersedia hadapi dugaan untuk menjadi lebih baik patut terima benda ni dengan berlapang dada..Hehehehe

PKR boleh jadi lebih hebat dan kuat kalo Azmin Ali itu sendiri tadak dalam PKR =)

 Sebabnya...

1.  Azmin adalah anak bandar yang tak mengerti  masalah rakyat  luarbandar/pedalaman.

2.  Tindakan Azmin dalam pemilihan yang lepas telah menyebabkan ramai anak muda berhenti dari aktif
menjalankan kerja-kerja parti.

3.  Sehabis belajar Azmin terus bekerja dengan ahli politik yang menyebabkan beliau dilihat  hanya pandai
mengampu dan 'wayang cina'.

4.  Jika Azmin "jatuh", pengampu-pengampu dalam PKR akan keluar kerana dah tak boleh "cari makan".

5.  Azmin dilihat cenderung mencantas pimpinan baru yang berkaliber.

Aku tengok sebab no 5 tu dah macam style UMNO ja..Yang mana boleh pikiaq untuk kebaikan parti confirm kena cantas!

SUMBER dari The Cyber Sniper...

(*)Toksah marah kalo parti politik hangpa dikritik..Ini kritikan orang bawahan..Kena amik tau dan bagi perhatian!Yang nak mengundi hangpa jadi pimpinan adalah orang-orang kat bawah ni..Jangan lupa hat tu!

Terokla Ustaz Azizan kena bantai pasni..Adoii!!!

Dulu khabarnya kerusi Ustaz Azizan sebagai MB Kedah akan digantikan dengan orang lain..Panas..Panas..Hehe..Last-last dia jugak jadi MB sampai la ni...Saja la puak UMNO bikin provokasi...Masalah dalaman parti itu biasa..Itu dugaan untuk jadi lebih baik..UMNO saja yang tak tahan dengan dugaan..UMNOada iman ka?Hehehe

Hari ni pulak keluaq kenyataan Ustaz Azizan yang KUIN akan naikkan yuran pengajian mulai Julai ni..Hadoii..Mesti melompat la blogger-blogger haprak UMNO putaq belitkan isu ni...Biasa la tu..Hangpa pon tau kan?

Rupa-rupanya takdan lagi blogger-blogger haprak wat keja ,dah ada sorang meroyan dalam ruangan komen..Kehkehkehkeh


Berita penuh aku amik kat SINI...Harap hangpa jangan baca tajuk semata-mata..Baca sampai abeh apa isi kandungan berkaitan penjelasan dari Ustaz Azizan pasai kenaikan yuran KUIN tu,,

Paling aku suka bila Ustaz Azizan nasihatkan Mahadzir Khalid (Ketua Pembangkang DUN Kedah) kalo nak tau cerita pasai KUIN mai tanya dia sendiri jangan duk tanya kat kakitangan KUIN yang tatau apa-apa..Hahahaha

Kerajaan Pusat zalim pada cikgu sekolah agama!!!

Ramai kawan aku baru-baru ni yang keja jadi cikgu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) duk hingaq pasai duit PERKAPITA yang disalurkan oleh kerajaan pusat dah dipotong dari RM60 tinggai jadi RM15..Mesti hangpa tak paham kan?Bawah ni aku terang dengan jelas apa isu yang aku nak bangkitkan kali ni..


APA ITU PERKAPITA?

Duit PERKAPITA merupakan duit bantuan tahunan kerajaan yang didapati dari tiga sumber iaitu Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri dan Baitulmal.

BAGAIMANA IA DISALURKAN?

Wang ini disalurkan kepada SRAR mengikut bilangan murid(kepala) di sekolah tersebut.Seorang murid dinilaikan sebanyak RM99.Wang ini adalah jumlah besar dari Kerajaan Pusat (RM60),Kerajaan Negeri (RM27) dan Baitulmal (RM12).Seperti contoh,jika sebuah SRAR mempunyai 200 pelajar,jadi (200 x RM99 = RM19800).Jumlah wang inilah yang patut diterima oleh sesebuah SRAR sebagai bantuan tahunan.

APA DIBUAT DENGAN DUIT PERKAPITA ITU?

30% dari jumlah ini digunakan untuk urusan pentadbiran seperti membayar bil-bil dan kos penyelenggaraan dan 70% sebagai bonus untuk tenaga pengajar.Rata-rata seorang cikgu ini akan dapat sebanyak RM1500-RM2000 hasil bantuan PERKAPITA mengikut jumlah pelajar.

APA YANG BERLAKU SEKARANG?

Kat atas tu dah disebut bahawa dulu Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM 60 tapi sekarang dah dipotong menjadi RM15.Pasepa kerajaan potong?

Memang Kerajaan Pusat ada memberi bantuan sebanyak RM21000 kepada SRAR pada tahun ini tapi duit itu hanya untuk sekolah dan langsung tidak diberi kepada cikgu-cikgu yang menjadi tenaga pengajar di sekolah tersebut.

Di Perak,sekitar Mac dan April lalu,Zambry Kadiaq telah memanggil cikgu-cikgu SRAR untuk hadir ke kediaman rasmi dia untuk menyampaikan duit bonus sebanyak RM500..Mengikut kata cikgu-cikgu SRAR ni,bonus depa biasanya paling rendah pon RM1000!

Bermakna puak-puak Barisan Natang ni dah kurangkan wang bonus yang sepatutnya cikgu-cikgu ni terima!!!Simpan duit untuk pilihanraya!!!

Monday 7 May 2012

Gaji hangpa Rosmah bayaq ka?

Polis-polis ni hanya digelar anjing tapi yang disepak terajang macam anjing kurap adalah demonstran BERSIH 3.0!

Kalo polis sebok keluaqkan muka-muka demonstran yang perlu serah diri..Sekarang ni biaq giliran rakyat untuk mendesak polis tampilkan muka-muka ni yang ternyata berperangai macam duit gaji depa datang dari tabung Rosmah!


Toksah rajin sangat keja dengan UMNO...Pemerintahan politik boleh bertukaq-tukaq...

Selangor zalim kepada budak-budak kecik!!!


Parah la kalo camni...Tak abes-abes tolong rakyat..Sudah-sudahla..Nanti UMNO kata Selangor bangkrap!Wakakaka

Dahla zalim kat orang-orang tua sampai wat program Jom Shopping...Baru-baru ni zalim pulak kat budak-budak kecik sampai bagi sorang RM100 sebulan untuk budak-budak tu masuk Taska...

Hangpa tak percaya mai baca SINI...Memang zalim laaa!!!

Habehla hang Ibrahim Ali..Kahkahkah

Kahkahkahkah...Ini ada lagi baru...Ibrahim Ali pasti ketaq lutut!!!

TIBAI
(Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)

VS

TIBIA
(Tolak Individu Bernama Ibrahim Ali)

Jom ramai-ramai pakat LIKE dah HEBAHKAN page TIBIA ni...Hahahaha...Kita tengok sapa paling benci sapa?

Makin parah betina ni...!!!

Betina ni dulu pernah bikin kontroversi..Ini cerita lama tapi hangpa kena tau..Baca SINI...Kena baca!

Tiap-tiap Jumaat betina ni mesti mencarut-carut dalam Sinar Harian...Hahahaha

Tapi bukan ari-ari la dia mencarut...Sebabnya bila dia tak mencarut..Dia luangkan masa menjamu mata...Kahkahkahkah...Tengok la bawah ni..


Mungkin masih teringat-ingat Islam yang dibawak Pak Lah sampai betina ni sendiri lupa hukum-hakam...Takpon terkena tulah pasai pernah sebut Hudud dah tak sesuai dengan zaman sekarang...Allah murka tu!

Ini kes...Ularmak Muda UMNO nak kata?Apa Pak Mufti nak kata?Apa yang tok guru Minda Pondok nak kata?

Kahkahkahkahkahkah!!!

Pasangan regu DAP belasah Tok Guru Nik Aziz!!!

Teruk sungguh..Ishh..Ishhhh...

Sampai lebam Tok Guru depa sentai..Memang tak patut..Memang kurang ajaq la!!!


Kehkehkehkehkeh...!!!

Saturday 5 May 2012

Yang pergi sepatutnya takkan kembali!

Khamis lepas Bob Kuman dah kembali ke Rahmatullah...Alhamdulillah pemergian beliau yang terakhir adalah dalam rangka masa bersama orang-orang alim..Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk arwah...Al Fatihah!

Ok...Semua pon dah tau berita ni dah semua orang pon aku rasa dah tengok gambaq arwah di sembahyangkan...Jadi memang sepatutnya arwah memang takkan wujud lagi kat dunia ni...


Jadi harapnya...Tadak la nama arwah dalam senarai pengundi...Jangan pulak SPR "hidupkan balik" arwah semata-mata untuk tolong mengundi Barisan Natang...Kalo jadi betoi lagu tu,ini betoi-betoi punya pengundi hantu!!!Hehehehe...

Bukan apa...Boss SPR kan ahli UMNO cuma depa lupa dan gila sat yang depa tu pencacai jugak...Hahahaha

(*)Gambaq IC dari blog Batu vs Kayu dan dia plak amik dari mazidulakmal.com =)

Friday 4 May 2012

Amaran untuk PR jika dah pegang Malaysia!!!

PR jangan pandai tanam tebu tapi manis tebu suma PR telan balik..Hahahaha

PR kena tunaikan janji dalam buku Jingga tu...Jangan cakap saja semata-mata nak raih undi...

PR kena bebas rasuah..Sebabnya kalo hangpa tak bebas rasuah,jangan harap kami yang penat-penat pilih hangpa nak tutup mata!

PR kena ajaq SPR wat kerja pilihanraya yang telus setelus-telusnya..Kalo PR tak ajaq SPR elok-elok...Hangpa jaga baik-baik!

Tengok bawah ni...


Ini amaran terakhir yang the last!!!Kalo PR sendiri tak laksanakan 8 tuntutan yang selama ni PR mintak dari Barisan Natang...Jangan terkejut kalo jadi macam gambaq bawah ni!!!


Hangpa jangan main-main oooo!!!Kahkahkahkah!!!

Rosmah nak bini YB lain ikot macam dia!!!

Apadaaa Rosmah ni...Satu dunia tau hang memang rajin ikot pungkoq laki hang..Sampaikan kami pon konpius mana satu PM kami ni..Hehehehe


Hang senang ja nak suruh-suruh orang lain ikot macam hang wat..Apadaaa Rosmah ni...Hang takpala...Hang kaya...Hang menabung dari kecik...Depa hat lain sumanya boros!!!

Camna la bini YB lain nak ikot macam hang...Hang dah pernah pakai cincin 24 juta..Dah pernah tidoq hotel satu malam harga ratusan ribu...!

Pastu hang plak sampai la duk jinjing beg tangan mahai...Bini YB lain tak merasa oooo..Senang ja hang duk suruh-suruh depa ikot macam hang...Tak patot la hang ni...

Depa hat lain tu kalo beli baju paling mahai pon dalam lingkungan puluh-puluh ribu...Hang punya baju plak ratusan ribu ringgit!!!Opss,aku mintak maap...Memangla baju hang lagi mahai dari baju depa sebab badan hang lagi gemok dari depa kannn...Hahahahaha

Tapi apa pon,alasan paling terbaik yang sukar untuk bini YB lain ikot macam hang adalah kerana hang sangat Wasatiyyah!

Wakakakakaka!!!

Thursday 3 May 2012

SU UMNO Pulau Pinang panas punggung!!!

Dikhabarkan oleh blog pencacai,Dato Azhar Ibrahim akan bersara dari jawatan SU UMNO Pulau Pinang...

Ini sejarah!!!Mana pernah pimpinan UMNO nak tarik diri dari jawatan dalam parti!!!

Kalo boleh dah bertongkat pun tetap jugak gila jawatan..Tengoklah macam Mahathir..Wakakakaka

Kalo ada pimpinan UMNO yang relakan diri untuk letak jawatan itu maknanya mesti ada masalah!!!

Tapi bagi alasan..."Dah lama dah...Nak bagi orang lain pulak..Dah penattt"..Hahahaha

Hangpa percaya ka?Kahkahkahkahkah

ADUN Penaga ni sebenaqnya panas punggung dah...Sebabnya selama ni konon nak pejuangkan Melayu kat Pulau Pinang...Tapi malangnya Pengerusi Barisan Natang Pulau Pinang sekarang adalah Cina!

UMNO menang banyak kerusi tapi kenapa Cina yang jadi Pengerusi Barisan Natang negeri ni?Itu sebab ADUN Penaga ni tatau mana nak sorok muka...Buh dalam lubang jamban pon,rasa malu tu tak ilang-ilang jugak!

Ini namanya merajukkkk!!!

Sapa dia Cina yang wat ADUN Penaga ni hangat pungkoq?Mai tengok SINI..

Ada ka patot tok guru pondok pikiaq macam budak tak sunat lagi???

Sepenuhnya kat SINI

Kesian tok guru-tok guru ni...Brapa banyak dah UMNO suap depa ni...Hehehehe

Abeh kalah ghuyup la PAS Kelantan pasni...Kahkahkahkah

Silap-silap Tok Guru Nik Aziz boleh ilang deposit oooo...Wakakakaka

DEBAT PERLEMBAGAAN : Ularmak Muda UMNO VS Presiden PAS

Aku tengok muka mamat ni aku rasa menyampah..Kahkahkahkah

Nak suh aku hormat orang macam ni?Wakakakaka...

Aku bukan saja-saja menyampah..Tapi meluat pon sama banyak...Kehkehkehkeh

Sembang macam nak runtuh langit,apa yang hang buat dalam UMNO?Apakah nilai Islam yang berjaya hang terapkan dalam UMNO?Ptuihh!!!!

Apa yang aku marah sangat dengan Fathul Bari ni?


Aku bukan ustaz nak terangkan apa maksud addin tu,tapi dalam kenyataan ularmak UMNO ni,addin bermaksud "yang merangkumi seluruh kehidupan manusia"...Apa hang paham ka dak yang hang cakap ni?Ka tau cakap tapi tatau maksud?

Ulama konon!Orang macam hang la pelingkup Islam...Wehhh toksah sembang nak jadi hero Islam tapi boss kat atas tak berani nak tegoq!

Orang-orang agama kalo nak bercakap pasai agama toksahla duk guna suratkhabaq sebab wartawan yang menulis pon belom tentu semayang cukup!Kahkahkahkah...Satgi hangpa kata lain wartawan tulis lain..Pi antaq kat editor,dia plak kalih jadi benda lain..Hehehehe

La ni camni laa...Nak bagi puas hati semua orang khususnya orang Islam kat Malaysia pasai isu ni..Aku cadangkan wat satu program debat antara Presiden PAS dengan Ularmak muda UMNO ni...Ada berani???Kalo wat forum nanti tak tercapai matlamat sebabnya orang ketiga pasti akan jadi langau hurung taik!

(*)Kita bukan nak gaduh tapi Nabi Muhammad galakkan perbincangan..Takkan nak harapkan Ibrahim Ali atau Rosmah bercakap pasai Islam?Kahkahkahkahkah!!!

Ni haaa surat cinta untuk Fathul Bari aka Ularmak Muda UMNO =)

Tuesday 1 May 2012

PANAS!!! : Polis China bunuh semua demostran BERSIH 3.0!!!

Ishhh...Aku tatau la nak habaq camna..Aku ingatkan polis Malaysia ja ganas rupanya polis China lagi kejam...Abeh semua demostran BERSIH 3.0 iaitu rakyat Malaysia di China ditetak,ditembak,dipijak dan diludah!!!Celaka sungguh!!!

Kalo camtu la perangai polis China,memang polis Malaysia sejuta kali lagi baik...Hidup polis Malaysia!!!Aku bangga sangat ada polis baik dan berhemah macam polis kat Malaysia,negara tercintaku ini...Hehehehe

Bawah ni gambaq demonstran sebelom polis China datang wat huru-hara...Lebih kurang 500 orang demonstran yang terlibat dalam perarakan aman ni..








Haaa..Tengok gambaq bawah ni...Polis dah mula datang..Kejam oiiii...Bersepah-sepah kepala otak demonstran atas jalan...Ada yang tali perut terburai...Kaki putuih!!!Gila kejam!!!






Wakakakaka...Kahkahkahkah...SANGAAATTTT KEJAAAMMMM KAAANNN...Hahahahahaha!!!

Sumber dari SINI..Thanx Bro Brad Hoo =)

Cetusan rasa seorang perempuan...


28 April 2012, seawal pagi telah membuktikan ketertiban para peserta DUDUK & BANTAH Bersih 3. Mereka kelihatan sangat profesional, penuh semangat kekitaan, persaudaraan, perpaduan bahkan bersedia menjadikan himpunan itu sebagai satu rapat rakyat daripada pelbagai keturunan yang sangat aman pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Ini terbukti  dengan kehadiran ramai kalangan mereka bersama seisi keluarga ; ayah ibu, anak-anak, tua muda, kecil besar bahkan termasuk juga rakan-rakan kita dari kalangan OKU - Orang Kelainan Upaya. Ada yang hadir dengan berkerusi roda, berpapah, bertongkat dan berdukung.

Andainya rakyat memang hadir ke situ untuk bertempur dengan pihak  Polis, tentulah ratusan ribu rakyat itu lebih mampu menumpaskan keselamatan yang jauh lebih sedikit bilangannya. Tetapi itu tidak berlaku bukan? Bahkan rakyat pasrah melarikan diri selepas REGIM PDRM yang mendapat perlindungan dan jaminan suaka selamat  REGIM BN membuat tindakan ganas menyepak, menerajang dan mengheret rakyat dengan muka terseret di atas tar jalan raya!

Sangat sadis situasi pada petang itu. Ironinya ratusan ribu rakyat itu majoritinya masih upaya menahan sabar dan hanya pasrah dalam pekik raung meminta tolong agar dihentikan pembelasahan regim dalam raut calar petang sabtu 28 April.

Kamera, Video Kamera, Handphone Berkamera rakyat dirampas bagi melupuskan bukti kehancuran demokrasi kolot Regim UMNO Barisan Nasional.  Seketika saya sangat merasakan itulah manifestasi kedzaliman Regim Tel Aviv ke atas ummat Palestine!

Tragedi keganasan Polis yang sebenarnya  terus berulang! Langsung tidak menampakkan hasrat dan iltizam untuk berubah dan bertindak secara matang. Rakyat yang kalian ganasi itu adalah rakyat kita, rakyat Malaysia.

Hatta kalian juga tahu sebenarnya yang memulakan angkara provokasi adalah daripada kalangan kalian sendiri, meski berbaju kuning BERSIH tetapi jiwa dan gelagat mereka jelas menzahirkan kemunafikan dan kekotoran asuhan Regim! Jangan sama sekali mahu berdusta, selagi kalian percaya adanya Tuhan dan Hari Pembalasan! Setiap yang terlibat, doa kami mereka tidak akan selamat!

Nah, setelah terbukti pada 28 April 2012, ratusan ribu rakyat komited meneruskan acara DUDUK & BANTAH di Dataran Merdeka dengan semua mereka menghala ke sana secara teratur dan aman…. hatta saya sendiri  bersama adik-adik Ameerah DUDUK & BANTAH di bahu jalan, bawah tiang lampu traffic depan DBKL seawal jam 10 pagi. Kami menjadi saksi betapa suasana begitu tertib. Laungan “duduk duduk, bantah bantah”, “buka buka, buka dataran”, “bersih bersih bersih bersih, bersih bersih…”, dan bila lagu Negara ku dinyanyikan maka kelihatan ramai yang duduk tadi terus berdiri. Ini adalah bukti semangat hormat, setia cinta dan sayangkan Negara yang tidak pernah berbelah bahagi.

Semua yang hadir di situ adalah kelompok rakyat Malaysia yang sangat prihatin terhadap urus tadbir Negara. Kelompok yang sangat prihatin terhadap keselamatan dan kedaulatan Negara akibat terlalu banyaknya bukti penyelewengan dalam Daftar Pemilih SPR dan pemberian hak warganegara kepada pendatang-pendatang asing atas kepentingan survival BN.

Rakyat yang hadir pada hari itu hakikatnya adalah wira-wira baru Negara. Dan jangan Najib mahu berpaling daripada janjinya bahawa dia dakwanya akan mendengar denyut nadi dan hasrat rakyat! 28 April 2012 itu ratusan ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur. Apakah Najib tidak upaya mendengar denyut nadi Bersih 3? Najib sebenarnya mahu apa lagi? Sedang dilandakah Najib dengan “Denial syndrome”, sindrom penafian?

Selepas terbukti limpahan ratusan ribu rakyat Malaysia hadir, mengapa Regim lebih memilih untuk “BERKERAS HATI”  tidak membuka laluan masuk ke Dataran Merdeka? Tempat itu bukan kawasan larangan umum. Tempat itu bukan kawasan persendirian. Bahkan dalam banyak masa, tempat itu menjadi persinggahan anjing, kucing dan tikus! Tempat itu juga adalah kawasan pelancongan awam. Tempat terbuka. Betapa derhakanya Datuk Bandaraya Kuala Lumpur bila menafikan hak “para pelancong Bersih 3” ini.

Muhyidin Yasin dan para proksi Regim UMNO BN (dari kalangan NGOs baru yang hidup segan mati tak mahu) sibuk menuding jari kepada Penganjur Bersih 3 dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga sengaja melupakan punca utama terjadinya DUDUK & BANTAH pada 28 April 2012 itu adalah daripada kepincangan, penipuan dan penyelewengan dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya Negara ini yang diterajui oleh SPR yang mana Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya adalah “baruah” dan “pencacai” UMNO! Selama ini makan duit membesarkan anak bini daripada hasil haram, menipu dan memperbodohkan rakyat. Shame on you Muhyidin!

Setakat berhujjah bahawa Dataran Merdeka tidak tergazet sebagai kawasan himpunan dalam akta yang baru? Maka apakah laluan dan persinggahan yang kami semua lalui pada hari itu tergazet??? Umum tahu akta itu ditolak rakyat.

Dunia tahu betapa akta itu adalah satu pembohongan Regim untuk melakukan silap mata bahawa kononnya Regim Najib telah berubah dan iltizam untuk menghormati hak berhimpun rakyat. Nah, bukan kah tragedi malang rakyat pada 28 April 2012 baru-baru ini adalah bukti kukuh bahawa Regim UMNO BN ini sebenarnya dalam kegilaan dan kegelabahan yang cukup parah?

Selepas terkesima dan hampir tidak percaya dengan kata-kata Hishamuddin Hussien Onn pada 27 April, sehari sebelum Bersih3 mengambil tempat yang antaranya berkata “Apa pun yang berlaku esok (28 April) saya telahpun menyerahkan tugas kepada Polis…”, kini saya fahami. Rakyat sebenarnya sengaja diizinkan untuk berkumpul sesak dari semua arah....sedang pihak polis telahpun siaga untuk "menghukum" rakyat. Ratusan ribu rakyat sebenarnya dijadikan "senjata" oleh regim untuk bertindak kerana mereka tahu dalam keadaan yang sebegitu ramai itu, selepas melepaskan air berkimia dan gas pemedih mata maka tentulah jumlah yang ramai itu dengan sendiri menjadi satu kelebihan kepada pihak polis!

Dengan hanya satu tembakan gas pemedih mata hakikatnya ratusan ribu rakyat yang tidak bersedia dengan kedzaliman itu telahpun lari bertempiaran. Bergelimpangan. Undur kehairanan. Saya menyaksikan ramai terpinga-pinga…”what is going on”?

Lelaki perempuan, tua muda menangis sambil juga menyelamatkan diri bukan sahaja daripada simbahan air berkimia, gas pemedih mata yang dimuntahkan bertubi-tubi…hatta lari daripada belasahan anggota polis yang umpama kerasukan syaiton.

Mengejar dan membelasah rakyat. Seolah anggota-anggota polis itu semuanya sedang kelaparan? Saya mendapat maklumat mereka memang telah dibiarkan lapar selama 3 hari? SUHAKAM didesak untuk siasat hal ini.

Hari itu ramai rakyat hatta saya sendiri tidak bersedia dengan apa jua kelengkapan seperti air dan garam kasar. Saya dan ratusan ribu rakyat hakikatnya sangat bersangka baik dengan Najib yang janji mahu berubah dan mendengar denyut hati rakyat. Shame on you Najib!

Apa pun pembohongan, gambaran buruk yang cuba diberikan oleh pihak Regim termasuk media proksinya, saya mahu tegaskan ini : RAKYAT SUDAH SEPENUHNYA HILANG KEPERCAYAAN. TUNTAS!

Semua yang bertugas dengan pihak media proksi regim ini sewajarnya menimbangkan semula posisi mereka di tempat masing-masing. Pendapatan yang mereka perolehi daripada bertugas untuk menyampaikan cerita ceritera pembohongan insyaAllah adalah haram. Setiap isi tubuh badan manusia yang terbina daripada hasil yang haram tidak akan terlepas daripada azab api neraka.

Hidupkan hati, tidak perlu sehaluan dengan BERSIH, cukup bersikap dan bertindak jujur, matang dan bertanggungjawab kepada Tuhan. Kasihani rakyat. Anda tidak perlu untuk ke Palestin, berdada dengan Israel. Kerana di Malaysia sahaja, rakyat yang menuntut hak telah menjadi mangsa pembelasahan Regim UMNO Barisan Nasional, saudara kembar Regim Tel Aviv!

Saya seru kesedaran daripada seluruh rakyat di semua peringkat , swasta dan khususnya kakitangan awam. Marilah bersama kami, kita Selamatkan negara. Selamat rakyat kita, SELAMATKAN MALAYSIA!

REGIM UMNO BN akan kita hadapkan ke muka pengadilan selepas PRU13  insyaAllah. Najib, Hishamuddin dan Ketua Polis Negara (serta semua yang terlibat) mesti didakwa atas tindakan mengarahkan "keganasan polis" terhadap para peserta himpunan aman bersih DUDUK & BANTAH pada 28 april 2012.  Mereka tidak akan terlepas.

Agenda menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah agenda rakyat. Dan DUDUK & BANTAH tidak akan berlaku seandainya pentadbiran Najib serius membuktikan kesungguhan untuk melakukan reformasi dalam sistem pilihan raya. Menghormati 8 tuntutan rakyat yang jelas sangat mudah untuk ditunaikan!

Nah, kalau masih ada yang mahu mengatakan Bersih 3 DUDUK & BANTAH telah melakukan jenayah?... Saya  mahu bertanya ; apakah menuntut 8 perkara ini wajar dituduh sebagai jenayah dan penjenayah? 1. Bersihkan Senarai Undi. 2. Mereformasikan Undi Pos. 3. Gunakan Dakwat Kekal. 4. Masa Kempen Minima 21 Hari. 5. Akses Media Yang Bebas Dan Adil. 6. Kukuhkan Institusi Awam . 7. Hentikan Rasuah . 8. Hentikan Politik Kotor.

Hakikatnya, pihak yang tidak berusaha memenuhi 8 tuntutan yang sangat bersifat asas dan fundamental ini lah yang wajar dituduh telah melakukan jenayah. JENAYAH KE ATAS RAKYAT! InsyaAllah kita rakyat akan menghukum mereka. Percayalah. ALLAHU AKBAR!


AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia
30 April 2012

Monday 30 April 2012

BERSIH 3.0 : Lagi gambaq-gambaq..Dan lagi...Dan lagiii..

Dah banyak aku masukkan gambaq pasai BERSIH 3.0 dalam blog aku ni...Nanti banyak sangat posting pasai BERSIH 3.0,jemu pulak hangpa kannn..Hehehehe

Hangpa nak tengok koleksi sepenuh gambaq-gambaq semasa BERSIH 3.0...Mai bukak kat Media Perak@BERSIH 3.0...

Jangan lupa LIKE pastu mintak HEBAHKAN kepada kawan-kawan,sedara-mara,jiran-jiran dan kepada sesapa saja!

BERSIH 3.0 : Gambaq paling comey...Wajib tengok!

DUDUK dan BANTAH...Yaa,yang ini la semua orang nak termasuk aku jugak...Bukan tujuan BERSIH 3.0 nak bagi huru hara pekan KL tu...Peserta-peserta BERSIH membayangkan satu perhimpunan aman yang harmoni skali..

Hangpa bayangkanlah kalo polis diarahkan untuk kawal kita yang DUDUK dan BANTAH pastu tepi dataran ada plak budak-budak juai ayaq oren..Makcik-makcik juai karipap panas dan pakcik-pakcik pulak juai payung dan ubat kuat..Kan indah BERSIH 3.0???Hehehehe

Bagi kita 2 jam pon dah cukup..Lantak pi la kita nak memekik apa pon sebab kita wat semua tu dalam keadaan DUDUK!Polis pon tayah penat-penat pi ligan kita..Silap-silap kita boleh belanja polis-polis minum ayaq...Kalo keadaan camtu aku rasa ramai yang nak amik polis jadi menantu...Wakakakaka

Kan best DUDUK dan BANTAH tu macam family day..Boleh bawak mak bapak,boleh bawak jiran-jiran...Tu sebab agaknya brader dalam gambaq bawah ni bawak anak kecik dia...Mungkin dia pon terbayangkan satu perhimpunan yang aman!

Sempoi laaaa
Hangpa tengok betoi-betoi gambaq tu...Bagi besaq kalo tak brapa jelas...Hangpa tengok camna brader ni bagi anak kecik hat duk blakang dia tu minum.. =)