Friday 22 July 2011

Najib buat lawak..Kahkahkahkahkah

"Najib mengorbankan masa cuti beliau untuk bersama-sama rakyat - Bernama"
Sejak bila Najib ingat kat rakyat ni?

Sejak bila bini dan anak-anak dia teringat yang rumah depa kat Malaysia ni?

Bukankah selama ni Rosmah mewakili Najib jadi PM melawat merata dunia?

Rosmah dah puas pusing dunia pi tayang cincin hasil duit berkat menabung kot?

Atau balik sebab tak cukup nak belanja poket anak bini dah agaknya?

Bila kaya pi merata,bila susah mula la kata rakyat tetap di hati..Rakyatlah intan..Rakyatlah payung..Wakakakakaka

Pastu bawak kuaq pepatah "Hujan emas di negeri orang,hujan batu kat negeri sendiri"....Kahkahkahkah..La ni musim panas oiii,mana ada hujan...Wakakakakaka

Apahal tiba-tiba Najib balik semata-mata nak cakap rakyat boleh bergantung harap dengan Barisan Natang?Uiksss...Nak dekat PRU dah ka?Atau dah on the way nak masuk lokap?Hahahahhahha

Ah sudahla Najib...Hang balik sebab nak jumpa peguam Perancis tu kot...Kahkahkahkahkah

KIMMA sambut Najib dengan banner tandatangan saja ka?Awat tak bawak sekali dengan banner 3 juta tetap setia mengampu Najib?...Kahkahkahkah!!!!

KIMMA bawak banner pastu senyap=senyap Presiden KIMMA mintak projek..Wahahahahaha

Tempat tahanan Imigresen bakal berhantu?

"Peguam Perancis,William Bourdon yang menyiasat kes Scorpene yang melibatkan Najib ditahan di KLIA hari ini"

Tak pasai-pasai nanti mamat ni kena hantaq balik Perancis dengan alasan passport tak sah..Alahaiiii

Jaga-jaga oii..Kita takmau nanti ada berita peguam Perancis mati ketika dalam tahanan imigresen...Wakakakaka

Pastu Nazri bagi alasan,peguam tu mati sebab keracunan makanan akibat rasa makanan Malaysia tak sama dengan makanan Perancis lalu menyebabkan implikasi perut...Kahkahkahkahkah

Alahaii..macamla hangpa semua tak tau..Sapa-sapa saja yang cuba menconteng taik kat muka Najib mesti disekat punya..Apa Najib nak jawab dengan peguam Perancis ni nanti ha?Adakah Najib mengelabah-labah?Atau Najib jawab dengan sebuah briefcase yang berisi penuh dengan duit simpanan Rosmah?...Hahahahaha

Pasepa Najib nak bagi duit?Sebabnya peguam ni berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan-Sherpa-yang mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan..

(*)Ah Najib ni...Asyik kebas duit bini hang ja...Wakakakakakaka

Media Luar VS Media Pembodek

Hangpa tengok sendiri la beza penyampaian fakta dan maklumat yang tepat oleh media luar..Berbeza sangat dengan media rasmi pembodek Barisan Natang iaitu TV3 yang ternyata banyak menipu dan berat sebelah!

Media luar tu siap interview lagi peserta BERSIH 2 tapi media pembodek pulak interview pencacai KERAjaan Barisan Natang!Bangang sungguh!


Bawah ni pulak media pujaan puak pencacai haramjadah...Kahkahkahkahkah


(*)Camna nak tengok TV Singapura ni?Ada dalam pakej astro dak?Atau kena pindah duk sana?Wakakakaka

Bila mat salleh bersuara...

Nama dia bukan Mat Salleh tapi nama dia John R Malott,bekas duta Amerika ke Malaysia bermula tahun 1995-1998..Beliau menyebut bahawa "Malaysia bukanlah negara demokrasi sepenuhnya..Dan sistem pilihanrayanya masih juga belum bebas dan adil"


Tu dia...Omputih ni dah bersuara tapi Najib duk wat dungu lagi..Jangan degil Najib,ikut ja apa rakyat nak bukan turutkan apa yang bini hang nak..

(*)Artikel penuh kat SINI

Bahlolan Wa Tololan...

Wakakakakak...Hangpa tengokla bawah ni..Admin fan page Najib dah bersuara..Tapi bersuara macam hati sudah panas!...Kahkahkahkah

Oooiii nak bangunkan fan page ni brapa juta pulak duit rakyat hangpa pakai?Ka Najib pinjam duit tabung Rosmah?Wakakakaaka

Ini bukan KERAMAT tapi KEPARAT!

Amat memalukan apabila fan page kepunyaan manusia bermasalah iaitu Najib seperti tidak mendapat sambutan sedangkan fan page ini telah diwar-warkan di media rasmi Barisan Natang...

Fan page yang bertajuk "3 000 000 People Want Najib To Stay" dilahirkan bertujuan untuk melawan fan page yang mahu Najib berambus dari kerusi PM Malaysia iaitu "100 000 People Request Najib Tun Razak Resignation"...

Fan page yang nak Najib terus gila kuasa ditubuhlan pada 16 Julai 2011,iaitu pada seminggu yang lepas malangnya setakat pukul 10:25 malam tadi baru 300 orang yang 'LIKE' manakala fan page yang menyampah dengan Najib pulak hanya mensasarkan 100 000 orang kini telah berjumlah lebih sekali ganda iaitu sebanyak 207,379 orang sejak ia ditubuhkan pada 11 Julai 2011..

Jarak penubuhan kedua-dua fan page ni lebih kurang beza 5 hari saja tapi bilangan yang menyertai sangat besaq jumlahnya...Wakakakakaka...Dapat ka page pembodek Najib tu boleh ligan dan mengatasi jumlah yang nak Najib berambus?Itu la target bukan main banyak sampai 3 juta,nak capai 300 pun terkemut-kemut ja...Yang best tu siap ada yang perdajai fan page Najib tu..Depa ni sat-sat 'LIKE' sat-sat 'UNLIKE'..

Yang bertambah memalukan dan menggelikan hati,lebih separuh yang 'LIKE' fan page Najib tu merupakan orang yang menolak pimpinan Najib jugak..Depa saja 'LIKE' sebab nak bubuh komen kat dalam fan page tu...Kahkahkahkahkah

Nampaknya Najib dah dimalukan oleh idea bangang yang dicadangkan oleh pembodek besaq iaitu MB Pahang..Adnan Yaakob berkata ahli UMNO saja dah 3 juta tak termasuk menyokong jadi tadak masalah untuk fan gae itu capai target...Apa daaa Najib..Hang punya pencacai dah malukan hang oiii..Wakakakaka...Adnan Yaakob kata ini PAGE KERAMAT!...Kahkahkahkah..Ini bukan KERAMAT tapi KEPARAT!..Wahahahahahaha

Thursday 21 July 2011

Kembalikan kerusi Parlimen Bagan Serai kepada PAS!

"PAS mensasarkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen untuk PRU 13,kata Salahudin Ayub..Beliau jugak berharap kerusi yang dipinjamkan dapat dipulangkan semula bagi mengelakkan berlakunya penyakit berbahaya,iaitu lompat parti"


Aku takmau amik peduli kerusi Parlimen lain kecuali Parlimen Bagan Serai yang dulunya diwakili oleh calon PKR(ahli PAS) iaitu Haji Mohsin..Sebelum aku cerita lanjut meh aku cerita kat hangpa sedikit mukadimah perihal Haji Mohsin ni...

Haji Mohsin ni berasal dari Daerah Kerian jugak tapi dia ni dah lama menetap di luaq kawasan di sekitar Selangor..Sebelom ni majoriti pengundi PR kat Kerian ni(khususnya Parlimen Bagan Serai) bukan kenai sangat dengan Haji Mohsin ni..Tapi mengikut maklumat dia ni daftar sebagai ahli PAS kat Hulu Langat..Haji Mohsin ni bukannya fanatik sangat berparti sampaikan jawatan dalam PAS di peringkat kawasan pon tadak..

Punya tak popular dia ni sampaikan ke hari nak dekat-dekat penamaan calon,pengundi tertanya-tanya sapa dia Haji Mohsin ni.Bila tiba hari penamaan calon barula kenai batang hidung orang tua ni..Sebelom-sebelom ni kerusi Parlimen Bagan Serai dah sinonim dengan PAS cuma pada PRU 12,kerusi ni dipinjamkan kepada PKR..Bawah Parlimen Bagan Serai,ada 3 DUN iaitu Dun Semanggol,Dun Selinsing dan Dun Alor Pongsu..

DUN Semanggol dan DUN Selinsing dipelopori oleh PAS tapi sayangnya DUN Alor Pongsu jatuh ke tangan UMNO(majoriti tak sampai 100-calonnya seorang kerani cabuk-la ni dapat pangkat Dato')Wakakakaka...Alhamdulillah PR memerintah Perak selama 11 bulan tapi pastu Barisan Natang merampas dengan cara yang jijik..Haramjadah punya Barisan Natang!

3 Mac 2010,Haji Mohsin pulak melompat atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti padahal hakikatnya dia ditekan oleh orang-orang PKR Bagan Serai sendiri..Yang celakanya dia menyalahkan PAS sebab tamau membantu dia yang menghadapai masalah..Eh Haji Mohsin oiii,hang tak cerita apa-apa kat PAS pastu hang melompat,sedap mulut ja hang kata PAS tamau tolong hang!Itu masalah dalaman hangpa PKR takkan PAS suka-suka nak jaga tepi kain hangpa!Bodoh!

Sebelum ni aku dah kata yang Haji Mohsin ni bukannya orang yang kuat berparti,jadi boleh aku kategorikan dia ni sebagai calon yang belum cukup tarbiyyahnya. Sebenaqnya saat-saat akhir jugak PKR nakkan kerusi Parlimen Bagan Serai,pastu mula meroyan-meroyan cari calon..Akhirnya main tangkap muat ja pilih Haji Mohsin atas alasan dia tu berpendidikan dan jugak orang tempatan..Bagi aku alasan orang tempatan tu aku tak berapa boleh terima sebab dia dah lama tinggaikan kampung dan menetap di luaq Perak..

Sebelum Haji Mohsin ni melompat,memang dia ni bermasalah..Yala orang tak cukup tarbiyyah la katakan..Tak reti nak istiqamah dan tak bersedia nak hadapi cabaran politik..Aku ibaratkan dia ni macam budak-budak kecik yang kena buli pastu tak reti nak melawan tapi lari balik menangis dan mengadu kat mak bapak....Kahkahkhakah...

Anwar Ibrahim pon dah mengaku yang dia silap pilih calon dan mengakibatkan ramai calonnya yang melompat parti..Aku pon tak salahkan dia..Sebab ini semua ketentuan Allah..Tsunami PRU 12 punya pasai,kalo bubuh kayu dengan batu sebagai calon pon memang boleh menang..Menang besaq punya!!!!Tapi apa salahnya kalo PKR menitikberatkan perihal calon sebelom diangkat untuk bertanding?Jadikan ini keutamaan dan bila-bila ada pilihanraya dah tak kalut!

Aku sokong apa yang Salahudin Ayub kata..Mintak dipulangkan balik mana-mana kerusi yang hangpa pinjam!Pengundi kat sini terang-terang mahukan KERUSI PARLIMEN BAGAN SERAI DIPULANGKAN SEMULA KEPADA PAS!BIAQ PAS YANG BERTANDING...MAJORITI pengundi Parlimen Bagan Serai adalah orang PAS..Orang PAS kat sini dah banyak berbunyi menyatakan keberatan hati mereka untuk membantu dan mengundi sekiranya PKR jugak yang bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai!

(*)Parlimen Bagan Serai kerusi milik PAS dah berzaman-zaman sebelum lahirnya PKR..Tolong paham yang ini
(*)Sumber di atas dari seorang pengundi tegar PAS Parlimen Bagan Serai

Wednesday 20 July 2011

Apa jadi dengan duit kita?Apa jadi dengan anak kita?

"Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini akan disambut pada 16 September bersamaan dengan Hari Malaysia"



Aku tak kesah la bila depa nak buat sambutan kemerdekaan tu..Yang aku kisahkan berapa juta pulak duit kita dengan sewenang-wenangnya puak-puak ni guna nak cetak bendera?Tu tak termasuk modal wat pentas,pakaian beragam dan jugak baju-baju batik yang dipakai puak-puak Barisan Natang ni..

Eh,apa puak bangang ni tak reti nak berjimat ka?Atau alasan hangpa semua duit untuk persediaan sambut Merdeka dibiayai oleh Rosmah suami Najib,menggunakan duit tabung dia yang dikumpul sejak azali?Wakakakaka

Cuba la sambut dengan cara yang berlainan dan berjimat seket..Bukan hangpa tak tau,tiap kali kita sambut merdeka time tu jugak budak-budak muda 'tutuh' awek depa..Dan bukannya kita semua tak perasaan dan tak tahu,mesti ada kelahiran bayi-bayi haram yang di'benihkan' tiap kali sambut merdeka atau pun tahun baru..Samapai bila nak terus camni?Ada JAKIM pon macam kayu!

Apa tak bolehkah Malaysia sebagai negara Islam(simbolik semata-mata) sambut dengan cara berdoa ataupun membuat sujud syukur di atas nikmat yang Allah bagi kat kita?Aku ni bukannya alim..Tapi sekali-sekala watla pembaharuan..Malam merdeka kita wat sujud syukur dan esok watla perarakan..Salah ka?Susah ka?Tiap-tiap tahun dijamu dengan konsert maksiat!

Tiap-tiap malam merdeka,tepat jam 12 malam mesti melolong ja 'anjing-anjing' yang menyertai sambutan malam merdeka..MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!Merdeka kepala bapak hangpa!Dulu bila nak menuntut kemerdekaan,nenek moyang kita semuanya berjuang disamping tak putus-putus berdoa..La,kononnya bila dah merdeka,apa tak payah berdoa dah?

Alasan KERAjaan Barisan Natang,sambutan kemerdekaan merupakan salah satu tarikan pelancong..Hangpa pentingkan sangat pelancong sampaikan sanggup tengok budak-budak pompuan gadai tubuh..Pikiaqla seket,majoriti yang bagi tubuh tu bukannya India atau Cina..Melayu oii!!!MELAYUUU!!!

Apa PERKASA yang duk laung sangat Melayu nak wat untuk selamatkan Malaysia dari terus menerus dipenuhi anak-anak haram?Apa PEKIDA yang mottonya Amal Makruf Nahi Mungkar nak wat untuk melaksanakan suruhan Allah tu?Apa ulamak UMNO berani bagi nasihat kat Najib supaya mengubah cara menyambut kemerdekaan?

(*)Aku tamau nanti keturunan aku kawen dengan anak haram...Bukannya mengeji tapi terlalu banyak kesulitan..
(*)Malaysia hanya betoi-betoi merdeka bila BN mampuih!Tapi kalo PR pon macam BN,get ready la untuk ditumbangkan balik!

Tak laku la oiiii!!!

Setelah ditohmah dan dimaki hamun,anugerah Ibrahim Ali dah tak wujud lagi dalam web IMPAK...Wakakaka

Tapi perihal anugerah itu masih ada dan menyemak kat SINI..Kahkahkahkah

Tergagap-gagap la pihak Uitm bagi jawapan tentang anugerah tu..Kononnya hanya cadangan belom lagi diluluskan oleh Senat dan Lembaga..Kalo hanya cadangan pasepa beria-beria bubuh syarat penyertaan?Siap ada link utk isi borang la...Kantoi!

Oiii Ibrahim Ali bahalol!Pentadbiran Uitm tak dungu macam hang la..Hang tu sapa?Orang kenai hang pasai ang katak lompat saja..Apa,hang ingat hang dengan PERKASA konon nak perjuangkan Melayu itu boleh dianggap hang tu dah jadi ikon?Piirahhhh lu!!!!

(*)Orang tua kutuk!Tak sedar diri!Pengkhianat!..Wakakakakaka

IGP ni buta,tuli dan bangang

Minggu ni IGP kata pihak dia akan tayangkan video BERSIH 2 kepada wartawan yang ditayangkan secara tertutup kepada media...Kata IGP ni lagi video yang tersebar di internet kebanyakannnya tidak tepat...

Eh apa yang tak tepatnya?Oooo kalo video tu tunjuk polis berlaku zalim kepada peserta,ang kata tak tepat..Bila video tu tunjuk peserta keras kepala,ang kata tu video yang sahih..Apa punya bangang pemikiran IGP ni..LAyak letak jawatan dan keja kedai kopi laa..Kat kedai kopi bolehla sembang merapu..Hang IGP,orang paling besaq dalam dan paling digarapkan menjaga negara tapi bercakap pakai lutut..

Semalam aku tengok TV3,IGP ni kata dia nak tayang video tu setelah mendapat nasihat dari Najib isteri Rosmah..Teranh-terangla hang jadi pak turut kepada Najib la..Hari tu hang kata peserta demo cuma 5000 lebih saja..Aku nasihatkan hang tengok betoi-betoi lagi sekali jumlah peserta BERSIH 2..Tengok dengan mata bukan tengok dengan lutut!

(*)Keselamatan Malaysia lingkup dibawah kepimpinan IGP yang bahalol!

Tuesday 19 July 2011

Jawapan oleh MB Kedah


Tu dia...Aku cukup suka tengok bila Ustaz Azizan bagi jawapan dalam apa jua isu..Sebanya dia ni straight to the point..Tadak kias-kias dan bunga-bunga..Dia bubuh trus ja..Wakakakaka

Kalo puka pencacai tak paham-paham lagi elok akai tu bagu kat menatang ja la...Kahkahkahakah

Ayat yang aku suka bila Ustaz Azizan kata..."Kita tak boleh paksa orang bukan Islam posa sebab agama dia tak suruh macam tu..Yang boleh suruh cuma doktor ja...Esok nak check darah,ari ni kena posa.." Sempoiii!!!!!

Cetusan ikhlas dari nurani yang suci

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini. 

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya. 

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'. 

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM. 

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. 

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. 

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. 

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. 

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.



Masuk Umno
Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.


Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester. 


Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.
NONE

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak. 


Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”. 


Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.


Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini. 


anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.


“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”. 


Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat. 


young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. 


“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.


Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.


NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.


Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.


Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik
Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.


Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.


NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil. 


Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”. 


Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah. 


Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.


NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. 


Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.
Ustaz sampul
Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.
sitting in a mosque
Antara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.


Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'. 


Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.


NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.


Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan. 


Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

(*)Ditulis oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin(mantan mufti Perlis)
(*)Artikel asal kat SINI

Monday 18 July 2011

Bila dengki dan bangang..Maka berbunyilah...

KM Pulau Pinang bercadang nak bagi angpau RM100 kepada setiap kelahiran baru bayi di Pulau Pinang bermula tahun ni dengan syarat mak bapak bayi tu dah daftar jadi pemilih...

Bila seorang pemimpin sesebuah negeri tu berjimat,mengurangkan rasuah dan mengurus tadbir tanpa ketirisan wang yang melampau dah tentu la pendapatannya meningkat dan terdapat banyak lebihan peruntukan..Jadi apa salahnya depa nak bagi rakyat?Bukannya Lim Guan Eng ada sebut..."Oooo nak duit kena undi PR!.." Dia sendiri pon tak boleh pasti semua mak bapak bayi yang dapat duit tu akan undi PR..

UMNO Pulau Pinang khasnya Datuk Zainal Abidin Osman,janganlah terlalu dengki dan busuk hati..Hangpa dulu awatnya tak wat macam ni?Hangpa kan lagi mudah dapat duit dari kerajaan pusat..Alasan hangpa,yang KM Pulau Pinang wat tu rasuah ka?Ceetttt!!!Hak ptuihhh!!!Kalo tak pahit bukan tongkat ali namanya,tak rasuah bukan UMNO la namanya bahalol!Wakakakaka

Sedaqlah diri tu,UMNO di Pulau Pinang jangan capoi sangat mulut kalo rasa masih nak bertapak kat negeri tu..Kalo mulut tu busuk longkang sangat nanti orang menyampah..Bila orang menyampah,nak tarik undi kepada Barisan Natang kenala bayaq lebih dari PRU sebelom ni...Ada ka duit?Kahkahkahkah

Sapa-sapa nak baca artikel busuk lagi meloyakan hangpa mai baca sendiri kat SINI

Ini orang tatau malu

Ibrahim Ali dah sasau agaknya..Popularitinya makin merudum selepas PERKASA pimpinannya menjadi bacul bila menarik diri dari mengadakan demonstrasi menentang BERSIH 2 pada 9 Julai yang lalu..

Yang terbaru,Uitm kini menyerlahkan kebalacian dengan menawarkan Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang sanggup bertungkus lumus untuk memartabatkan bangsa Melayu..Yang lawaknya idea ni bukan datang dari   pentadbiran Uitm tapi dicadangkan oleh Ibrahim Ali sendiri..

Nampaknya Ibrahim Ali cuba meniup semangat perkauman di dalam institusi pengajian pulak..Apa pekdahnya si Ibrahim ni wat camtu?Macam nak angkat bakoi sendiri ja aku tengok..Sesuatu anugerah khas biasanya dicadangkan oleh orang lain untuk seseorang bukannya melobi diri sendiri untuk meraih publisiti murahan...Dasar muka tak malu!Wakakakakaka

Kat SINI aku bagi link untuk sapa-sapa yang teringin nak jadi pembodek dan pencacai Ibrahim Ali..

Syarat nak masuk mudah saja..Kena jadi macam Ibrahim Ali..
a)lompat parti
b)pembodek kuat
c)peniup api perkauman
d)pelampau yang menghina ulama

(*)Sendiri wat jahat sendiri puji kata baik..Tak malu!Kahkahkahkah
(*)Artikel asal kat SINI

Duit raya kabinet negeri Melaka

Punya baguih tindakan yang diambik oleh KERAjaan Barisan Natang Melaka yang dipimpin bapak rasuah,Ali Rustam..Kedah nak kurangkan perkara maksiat berlaku yang Melaka pulak menggalakkan maksiat dengan alasan ia menggalakkan sektor pelancongan negeri Hang Tuah tu...Hahahahahah!Bravo!!!

Ini sapa yang berani nak tegoq ni?Harussani jangan diam!Jamil Khir toksah buat-buat lena!Ularmak UMNO jangan buat-buat tak nampak!PEKIDA oii,mana Ayahanda hangpa?Mana Abang Long?Mana Ibrahim Ali yang bahlolan wa tololan?

Tahniah la Ali Rustam kerana telah berjaya menambahkan kebencian orang Islam terhadap UMNO..Aku cadangkan hang watla pa lagi yang patut untuk naikkan nama Melaka sebagai negeri maksiat termasyhur kat Malaysia ni..

Aku rasa mata hati Ali Rustam ni dah ditutup kot tu sebab apa saja yang depa wat semua nampak bangang..Banyak makan rasuah boleh gelap mata hati oooo...Risikonya hangpa tengok la..Allah suh tinggalkan yang mungkar wat yang makruf..Tapi puak ni dah terbalik cara kerja depa..

Aku syorkan hang arahkan pengusaha premis supaya bukak 24 jam tempat-tempat maksiat depa..Kalo depa tutup walopon sekejap,hang patot saman sebab ingkar arahan!Wakakakakaka

(*)Puak-puak ni bukan heran maksiat ka apa ka asalkan nanti raya masing-masing dapat habuan untuk puaskan nafsu-nafsu besaq bini-bini depa..