Saturday 21 April 2012

Demokrasi kepala bapak hangpa!!!

Aku tamau cerita tempat orang tapi nak fokus kat tempat aku ja...Kalo aku cerita pasai tempat orang nanti depa kata aku fitnah..Wakakaka..Kita semua tau,kerajaan yang dipimpin Barisan Natang ni sebolehnya nak semua orang yang keja sebagai penjawat awam wajib jadi pak turut kepada kerajaan..Pendek kata penjawat awam mesti jadi lembu dicucuk idung!!!

Walopon benda tu kalo dipikiaq logik tadak salah apa kalo penjawat awam nak sokong pembangkang tapi main dengan perangai haramjadah Barisan Natang khususnya UMNO ni,bila depa kata 'A' penjawat awam mesti kata 'A'...Memang celaka!Aku fokuskan kepada cikgu...Aku bagi contoh camni..Bila cikgu-cikgu ni ada dalam program pembangkang..Mula la sampai surat ugut atau surat amaran..Bila cikgu-cikgu ni wat sadin ja alamatnya kena pindah merata-rata la sampai ke kampung ulu banat..

Oiii bodoh..Cukupla-cukupla cikgu-cikgu ni keja dari pagi sampai petang...Malam plak biaq pi la depa nak pi ceramah ka nak pi berkempen ka..Demokrasi kepala bapak apa..Seket-seket ugut!!!Tapi bila ada cikgu-cikgu yang pi ceramah atau program UMNO langsung tak berani sentuh,apa cerita?Sampaikan ada sesetengah cikgu tu yang memang ada jawatan dalam UMNO..Awat tak berani tegoq?Takut hangpa plak yang kena tukaq??Wakakaka...

Aku bagi contoh ni..Cikgu ni nama dia Zulkarnain (Gambaq)..La jadi Penolong Kanan kat SRK Haji Dahalan,Tebuk Matau dalam DUN Semanggol...Jawatan dalam UMNO sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Bagan Serai..Bukan kecik-kecik punya jawatan tu..Huuuu...Aku rasa sebab jawatan tu kot orang-orang dalam PPD Kerian tak berani nak tukaq dia kot...Wakakakaka

Kalo cikgu UMNO tu wat lagu mana pon takpa...Kena cikgu pembangkang..Ooooo..Itu tak boleh..Ini tak boleh!!!Wehhhh orang-orang PPD Kerian..Hangpa keja dengan UMNO kuat sangat ni...Bila aku bukak cerita pasai hangpa yang wat perangai ugut-ugut cikgu pembangkang ni,mula kata rasa tertekan,susah hati,makan tak basah la,tidoq tak kenyang la...Hahahahaha

Ehhhh..Pernah ka hangpa pikiaq apa perasaan cikgu-cikgu yang hangpa ugut-ugut tu?La biaq pi hangpa rasa bila pekong hangpa orang dedahkan..Padan muka!!!Mampuih UMNO dengan hangpa-hangpa mampuih!!!Wakakakaka

(*)Kepada yang berkenaan..Cepat-cepat bertobat atau pon duduk keja baik-baik..Kalo berani kacau orang politik,jangan marah kalau kena main dengan orang politik...Kahkahkahkah

Thursday 19 April 2012

Jadual ceramah PRA BERSIH 3.0 (untuk Peghak ajeee)

Baca betoi-betoi...Copy bubuh kat desktop,wat wallpaper..Hahahaha

Sangat penting...Sangat gempak!!!Perak wajib kembali di tangan Pakatan Rakyat dengan kuasa rakyat!!!


Sumber dari www.demokrasi93.blogspot.com...Blog ini milik budak muda yang hebat!

(VIDEO) UBAH : Jom tengok suara YB mana yang sedap

Sempoi lagu ni...UBAH! SELAMATKAN MALAYSIA!



Apa kata juri?Ada yang pitching lari?Wakakakaka

Memang la lari dah semua tiap-tiap malam pi ceramah sebab nak bagi rakyat tau hal sebenaq sampai abeh suara...Kahkahkahkah

Selamat bertugas Unit Amal!!!

Tahniah kepada Unit Amal yang sekali lagi berpeluang dalam berjasa bilamana ditugaskan menjaga keselamatan pelajar-pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka..

Sebenaqnya agak lewat arahan dikeluaqkan untuk Unit Amal bertugas..Sepatutnya semua ini dah dapat dijangka oleh pimpinan atasan..UMNO pasti mengganggu apa saja program yang melawan kehendak mereka!!!

Tak palah mungkin ini semua dah Qada dan Qadar Allah..Sekurangnya ibu bapa kepada pelajar yang berkhemah di Dataran Merdeka dan jugak ibu bapa kepada pelajar yang tak turut sama dapat melihat betapa buruknya akhlak anjing upahan UMNO..

Sekurangnya tersentuh jugak hati mak bapak melihat anak-anak muda ini senang-senang ditendang dan disepak serta dimaki..Oiii mak bapak sekalian,bayangkan kalo anak hangpa yang kena camtu,apa hangpa rasa?Anak-anak muda ni bukannya membuat maksiat!!!Mereka menuntut hak mewakili semua anak-anak muda dalam Malaysia ni..

Kalo mak bapak sekalian nak tengok sapa yang jadi samseng yang pukul,tendang dan maki anak-anak muda waris pemimpin kita kaan datang..Tengok bawah ni..Tengok betoi-betoi!!!Mereka ini anjing upahan UMNO!!!

Kepala dia hat gemok ni..Wakakaka
Sebagai tambahan,aku nak habaq lagi..Unit Amal ni wat kerja tak mintak upah..Jadi,kalo rasa banyak duit sampai tatau nak wat apa,pi la derma kat depa seket..Pi la mana-mana program PAS,tentera merah milik PAS ni pasti ada...

Marina kata Najib lagi bangang dan bangsat dari Mahathir!


Emmm mungkin betoi kata Marina dan mungkin jugak tidak...Hahahaha

Mahathir mungkin bangang dengan cara dia dan Najib pulak ada bangsatnya yang tersendiri..Wakakaka

Apa-apalah..ASALKAN BUKAN UMNO!!!

Kalo Najib C4kan Altantuya...Mahathir pulak bunuh Ibrahim Libya..Ada beza?

Najib tolak HUDUD...Mahathir pulak kata Al Quran perlu dikaji semula..Hah!Camna tu?

Mahathir wat KLCC...Najib plak nyaris-nyaris nak wat menara 100 tingkat (fuhh selamat)...

Najib dan Mahathir sama-sama sanat 'berkawan baik' dengan Yahudi...!!!

Adik Najib dan adik Mahathir ada bisnes juta-juta..Apa beza???

Apa pon..Aku nak tengok muka Marina Mahathir di Dataran Merdeka nanti..Sekurang-kurangnya ada anak pemimpin UMNO yang nakkan keadilan untuk rakyat walopon diri sendiri pon banyak tak betoi =)

Samseng Jalan Kebun kembali menyondoi???

Hangpa tengok video bawah ni dan perati pada minit ke 2:21...Macam mamat yang sama mengamuk macam babi kat ceramah Hindraf dan ABU kat Tanah kebun dulu..

Kali ni depa kacau plak pelajar-pelajar kat U Dataran Merdeka...Kalo tak kena upah takkan saja-saja depa nak samseng kan???

Anjing-anjing ni serang pelajar-pelajar dan jugak orang ramai terutamanya yang merakam perbuatan gila babi depa tu..


Aku sarankan geng-geng unit amal diarahkan jaga pelajar-pelajar kita yang berkhemah sampai 28hb ni..Nak sempoi dan perkasa importlah unit amal dari Perak...Wakakkaka...Mesti promote kawan-kawan aku...

Bukan nak angkat bakui sendiri,tapi banyak dah krisis ni Perak yang mematangkan geng-geng unit amal Perak..SB dan FRU pon depa sergah apa sangat samseng babi macam ni..Kahkahkahkah

Blog khas pelondeh Hamidah Ulaq

La ni sapa-sapa nak tau apakah kes-kes dan perangai buruk Hamidah Ulaq sila bukak blog Yo Mama Parpu =) Segala bentuk penipuan,penyelewengan dan idea bodoh Hamidah Ulaq ada dalam tu..Aku harap sangat anak-anak Hamidah Ulaq baca blog ni dan nasihat mak depa tu..

Bukan apa,mak cari duit tak kira halal haram pastu bagi anak-anak yang tak bersalah makan..Tu tak kira lagi duit yang Hamidah Ulaq bagi kat adik-beradik dia dan adik beradik dia palka bagi makan anak-anak depa..Ishhh berantai ja dosa tu..

Hamidah ooo Hamidah..Cukup-cukupla..Oghang dah tak memandang awak untuk jadi YB,ghentikan laaa (loghat Perak)...Wakakaka

Tapi ada seket benda aku nak habaq kat hangpa yang bukak blog tu..Ada kawan aku habaq yang empunya blog tu adalah milik sekoq blogger taik UMNO..Aku tatau la samada saja dia nak sabotaj Hamidah Ulaq sebab ada benda yang dia tak dapat ataupun memang dia diupah untuk jatuhkan Hamidah Ulaq...

Aku tak kisah la sapa nak pejatuh sapa tapi yang pastinya UMNO dan Barisan Natang menuju ke arah kejatuhan yang amat kritikal..Ibarat duk ICU dan hanya bergantung kepada alat pernafasan..Itulah keadaan UMNO skang...

Wednesday 18 April 2012

Sedaplaaaa menteri ni...Peehhhhh

Dalam duk garang-garang melawan pimpinan pembangkang,rupanya pak menteri ni cayaq jugak kepada seorang awek anak mami ni..Hahahaha...

Amboii..takkan Taib Mahmud yang tua bangka tu boleh dapat awek Lubnan,pak menteri yang agak bergaya dapat yang cikai-cikai kan???

PANAS!!!PANASS!!!PANAASSS!!!

Hangpa tengok awek seblah ni punya landing...Ishhh PM pon teringin tapi dah bini dia pandai jaga...Tak jadi laaa...Wakakaka

Baca berita penuh kat SINI..

Layannnn....!!!!Panas oooo!!!

Tuesday 17 April 2012

PANAS:Blogger PAS londeh seluaq dalam Hamidah Ulaq!!!

Kesian kawan aku ni...Niat dia nak mendedahkan penyelewengan rasuah pemimpin wanita UMNO Perak tu tapi dah kena ugut plak..Sabaqq oiiii...

Hamidah Ulaq hangat hati la pasainya blogger ni cuba dedahkan kes rasuah dia..Dipendekkan cerita dia antaq sekoq dua anjing suruhan untuk pi jumpa dengan blogger tu kat rumah...Tapi blogger tu tadak kat umah la..

Cerita seterusnya baca kat SINI...

(*)Hamidah ni berpotensi untuk jadi pompuan pertama masuk ISA sebabnuya aku masih ingat ayat ni "KALO JUMPA ORANG INDIA DAN ULAQ,PUKOI INDIA DULU"

Gambaq-gambaq yang kurang sempoi untuk dilihat

Gambaq-gambaq ni adalah semasa program "Orang Muda Pilih Barisan Natang" yang diadakan di kediaman rasmi MB haram Perak..

Layan tengok...Memang loya la..Wakakakaka

Pakai rantai ni biasanya berok ja

Lagi berok2 berantai

Loya sangatttt

Pehhhh...Bauuu

Mooooo!!!!

Penuh frame =)

Ehhh...Katak ni pon ada

Gelak sama2 bolehla,nak duit jangan haraplaa...

Ku Li dan AMANAH sokong BERSIH (VIDEO)

Layan video bawah ni..



Bayangkan kalo Ku Li sendri pon ada depan bersama pimpinan Pakatan Rakyat.. =)

HANGAT:Wisma Darul Iman bakal kena gempa?

Ah sudah..Takkan gempa bumi lagi kot..Aritu punya kecut teloq aku..Waktu jadi gegaq tu,aku duk tang lain,family aku plak duk tang lain..Adoiiii..Alhamdulillah tadak apa-apa...Syukurrr!!!

Tapi kali ni hanya Wisma Darul Iman yang bergegaq.pasepa ha?

Hehehe...Kali ni yang bergegaq tu disebabkan demonstrasi secara aman dari petani-petani di dalam Terengganu yang nak antaq memorendum kat Mat Said..Sumanya pasai depa tak puas hati Mat Said tak layan depa baik-baik...Mana tak marahnya Mat Said lebih sayang badak sumbu dari rakyat dia sendiri...Hahahaha..

Demonstrasi akan diadakan 24 April yang nak mai ni..Berita penuh baca kat SINI..

Mat Said main gitar pulak???Wakakaka

Kahkahkahkah!!!Hahahahaha!!!

Rupa-rupanya MB yang bermulut kurang ajaq ni pandai main gitar rupanya...

Tak percaya cakap aku???Hangpa tengok gambaq bawah ni...Kahkahkahkah

Mat Said Sarip???Wakakaka
Inilah dia kifarat sebab menghina PAS yang dipimpin oleh ulama'...Ini baru dunia punya aib bukannya akhirat lagi..Hang pon mati jugak nanti..Kita semua pon akan mati..Jangan lupa hat tu..Cuma bila hidup,mulut jangan laju sangat...Hehehehe

Monday 16 April 2012

Buang anak,penari tiang dan hukum Allah

Meneliti berita terbaru beberapa hari lepas berkenaan janin yang dibuang dan kepalanya pecah terhantuk di longkang kerana dibawa oleh aliran air yang deras, menguris hati ini. Janin yang berusia empat bulan itu dibuang bagaikan sampah, tiada harga bagi satu nyawa manusia oleh manusia lain yang bersifat kehaiwanan.

Bukan mudah untuk membaca bait-bait laporan tentang berita yang menyayatkan hati itu walaupun sudah dihidangkan dengan mungkin ratusan laporan seumpamanya kerana ianya melibatkan nyawa manusia yang sepatutnya menjadi perkara yang paling dihargai oleh manusia, akan tetapi disia-siakan begitu sahaja oleh tangan-tangan yang
tidak takut akan janji hukuman dari Allah atas dosa membunuh. Begitulah apabila agama dibakulsampahkan oleh masyarakat. Amat sukar untuk hati menerima ajaran agama apabila hati telah dipenuhi dengan kekotoran dosa dan noda. Tiada lagi rasa takut kepada Allah. Kejahatan masyarakat ini adalah hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia.Benarlah firman Allah dalam surah ar-Rum yang menyatakan bahawa

“Telah timbul kerosakan dan bala bencana di darat oleh dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan tangan-tangan manusia”

Pernah diwar-warkan dahulu untuk digubal akta bagi memperuntukan hukaman yang berat berkaitan kesalahan kes pembuangan bayi ini oleh kabinet. Cetusan idea itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maka telah dipersetujui oleh kabinet untuk menetapkan kes pembuangan bayi akan disisasat dibawah akta 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori jika sabit kesalahan. Kelulusan oleh kabinet itu telah dilakukan kira-kira hampir dua tahun lalu iaitu pada bulan Ogos 2010. Setelah itu, sehingga kini, masih belum kedapatan walau seorangpun pesalah yang dikenakan dengan hukuman berat seperti yang dijanjikan. Apakah maknanya dengan hukuman berat yang dijanjikan, sedangkan kes pembuangan bayi masih terus-terusan berlaku?

Statistik yang diambil bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 sehingga Kabinet membuat keputusan itu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dikatakan dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu. Statistik ini hingga tahun 2010 sahaja. Bagaimana 2011 dan 2012?


Apa yang sangat jelas disini ialah ada dua perkara yang tidak seiring perjalanannya dalam hal ini iaitu hukuman berat yang bakal dikenakan dengan perlaksanaan kepada hukuman itu. Laungkanlah seberat mana sesuatu hukuman itu, tapi sekiranya tidak disertakan dengan perlaksanaan hukuman sebenar, maka manusia tidak akan takut.Inilah tanda gagalnya undang-undang jenayah masa kini. Apa ada pada ugutan tanpa disertakan perlaksanaannya? Kes pembuangan bayi ini adalah bermula daripada pergaulan bebas, bermesra-mesra dengan pasangan berlainan jantina dan kemudiannya berzina. Adakah remaja yang masih muda dan bertenaga dan masih mencari-cari nikmat dunia itu akan meninggalkan zina yang penuh kenikmatan itu hanya kerana diugut?

Lihat sahaja kes penari tiang di Seremban baru-baru ini. Kes-kes sebegini adalah diantara penyebab permulaan kepada zina dengan mempertontonkan aksi-aksi ghairah demi sedikit wang. Atas kesalahan menari tiang dan berpakaian menjolok mata, mereka didenda sebanyak RM25 seorang oleh mahkamah. Denda yang dibayar sambil tersenyum oleh mereka sepertimana gambar mereka di muka depan sebuah akhbar yang melaporkan kes tersebut baru-baru ini. Ada diantara mereka seperti GRO sanggup berbuat lebih dari itu sepertimana pendedahan-pendedahan kerja-kerja “pintu belakang” mereka dibongkar oleh pihak berkuasa apabila membuat serbuan di tempat-tempat sebegitu. Inilah kegagalan kepada sistem undang-undang yang ada sekarang ini. Mengugut dengan hukuman yang berat, kemudian apabila ada kes yang boleh dikaitkan atau permulaan kepada kes yanglebih berat (seperti tarian tiang ini yang menghala kearah zina) maka hukuman ringan dikenakan. Lebih mencengkam jiwa apabila ada komen dari menteri yang mengatakan bahawa janganlah lihat hanya kepada denda RM25 itu sahaja akan tetapi kaunseling yang diberikan kepada pesalah itu yang lebih penting. Kenyataan yang sungguh merentap dan menghiris hati bila dibaca.

Berbeza dengan undang-undang Islam. Islam mengugut akan mengenakan hukuman berat dan Islam mewajibkan manusia melaksanakannya, tiada pilihan hukuman ringan. Apabila disebut hudud, maka ianya dari Allah dan tiada manusia yang boleh membuat tawar menawar. Tersebut dalam satu kisah ketika salah seorang perempuan dari kalangan Bani Ma’zum didapati bersalah kerana mencuri, maka rasulullah s.a.w memutuskan hukuman potong tangan ke atas wanita itu. Maka bermesyuaratlah orang-orang penting dari Bani Ma’zum bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih ringan untuk wanita itu. Kemudian diutuskan wakil mereka menemui Usamah bin Zaid, cucu angkat kesayangan baginda untuk menyampaikan hasrat mereka. Maka apabila dipersembahkan kepada rasulullah rayuan itu, merah padamlah muka baginda kerana marah. Antara lain sabda baginda ialah kaum sebelum ini telah dibinasakan oleh Allah kerana apabila mereka dari kalangan kaya dan berpangkat melakukan kesalahan, maka hukuman yang ringan sahaja dikenakan.

Manakala apabila kaum yang lemah dan miskin melakukan kesalahan maka hukuman berat dijatuhkan dan baginda bersabda lagi bahawa jika sekiranya anak perempuan kesayangan baginda Fatimah binti Muhammad bersalah kerana mencuri, maka baginda akan memotong tangannya. Begitulah keadilan dan ketegasan Islam yang tidak memilih ‘bulu’. Tidak akan
berundur seincipun apabila diperintahkan Allah. Itulah ketinggian taqwa seperti yang selalu disebut khatib dalam khutbah Jumaat. Dek kerana ketegasan itulah maka manusia takut dengan hukuman Allah. Apa dikata, dikota.

Islam mengutamakan pencegahan dalam perkara dosa. Islam seboleh-bolehnya tidak mahu menghukum manusia. Oleh kerana itu diseru manusia agar mencegah diri dari melakukan dosa besar. Lihatlah apabila Allah berfirman dalam surah al- Isra’

“Dan janganlah kamu menghampiri zina”.

Dia tidak menyebut “melakukan” tetapi “menghampiri”. Apabila hampirpun jangan, maka apatah lagi melakukannya. Begitulah keindahan pencegahan yang Allah anjurkan kepada kita. Akan tetapi awas untuk manusia yang tetap juga berdegil untuk melakukan dosa besar, maka hukuman yang dijanjikan amatlah berat. Dan jika pemerintah tidak melaksanakannya maka pemerintah itu pula akan dikenakan azab oleh Allah diakhirat nanti. Maka tiada jalan lain lagi kecuali kita kembali kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya. Telah terbukti kegagalan sistem yang dibina oleh manusia untuk membentuk dan mengawal manusia. Kerana manusia tidak mencipta manusia. Hanya sistem yang terbaik adalah datangnya dari pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah. Maka bersegeralah kita kembali kepada Allah.

Akhirnya saya menyeru kepada semua remaja-remaja, belia-belia dan muda-mudi yang sedang sibuk dengan mencari kenikmatan dunia agar segera meninggalkan perkara-perkara dosa yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Kita bukannya tidak boleh berhibur dan mencari keseronokan, akan tetapi mestilah berpada-pada dan dalam lingkungan yang dibenarkan Allah. Ayuh pemuda-pemudi sekelian, jangan sia-siakan masa muda kamu dengan perkara yang bakal merugikan kamu sendiri. Kamulah generasi yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara dimasa depan. Ustaz mengharapkan diri ustaz dan kamu serta keluarga kita semua dilindungi Allah sentiasa insyaAllah.

Wallahua’lam

**** Artikel diatas adalah tulisan Ustaz mohd Nor Hamzah Ketua Pemuda PAS Terengganu merangkap ADUN Bukit Payong

Pencacai BN wajib dengaq hat ni!

Aku tak kata pencacai Barisan Natang bodo tapi kelaku depa membodohkan diri depa sendiri..Hahahaha

Aku tak kata pencaai Barisan Natang penipu tapi depa memang takleh idop kalo tak menipu..Wakakaka

Tapi kalo awek ni punya cara cakap memang patut pencacai ketegaq Barisan Natang sedaq diri..Memang pedih oooo...Makan dalam!!!Kahkahkahkah



Memang best bila awek ni suruh puak-puak pencacai Barisan Natang bila mati nanti tulis kat batu nisan ayat ni.."Saya Penyokong Tegaq Barisan Nasional"!!!

Kahkahkahkahkah...Terbaekkkk!!!