Saturday 26 May 2012

Menteri ni patut diluku kepalanya!

Bila Tun M kata dalam UMNO tadak yang bijak pandai,pencacai UMNO marah...Bila pembangkang kata dalam UMNO tadak sekoq jantan yang ada teloq,pon UMNO marah jugak..Bila orang kata yang dalam UMNO dah terkena sumpahan lembu Kak Ijat sampai semua macam hidung kena cucuk pon orang UMNO marah...Wakakaka

Apapon dalam UMNO ni toksah sembang la nak jaga agama..Putaq belit agama banyak dan bersepah-sepah macam sampah!..Yang terbaru dan masih PANAS,bila menteri yang jaga agama kantoi menipu..Punya celaka mangkuk ni,boleh dia kata kuota haji terpaksa dikurangkan kerana kerajaan Arab Saudi marah kat demostran yang berkumpoi dan berpakaian kuning sambil pegang banner BERSIH 3.0 dalam Masjid Nabawi.


Hal ni disahkan sendiri oleh Ustaz Mokhtar Senik (Ketua Dewan Ulama' PAS Pahang) yang tepon tanya kat kawan-kawan dia yang ada kat sana (Arab Saudi).Kawan-kawan dia habaq..Berita pengurangan kuota haji Malaysia disebabkan oleh BERSIH 3.0 adalah tak betoi dan depa dah belek dalam suratkhabaq hal ni dan memang tadak satu kolum kecik pon yang tulis pasai tu.

Yang sebenaqnya,bukan kuota haji Malaysia saja yang kurang malah kuota haji seluruh negara dikurangkan disebabkan oleh kerajaan Arab Saudi nak robohkan penempatan jemaah haji yang lama dan digantikan dengan yang baru..Langsung tadak kaitan dengan kemarahan terhadap BERSIH 3.0!

Tu pasai aku kata menteri ni patut diluku kepala tu bagi cerdik seket...Bercakap pakai la akai bukan pakai lutut!Bahalol!

Cerita dalam versi yang sopan mai baca SINI..

Thursday 24 May 2012

PAS VS PKR?


Tajuk mungkin pelik dan mungkin boleh menimbulkan kontroversi...Tapi aku rasa benda ni kena bagi perjelas supaya yang mana tak nampak boleh nampak dan yang mana gelap boleh jadi terang...Macam Nabi Muhammad SAW telah bersabda.."Berkatalah benar walopon pahit"...Ini aku tulis apa yang aku rasa..Hehehehe

Dalam pimpinan Pakatan Rakyat sebok mengatur strategi nak menang namun masih ada lagi beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang masih belum jelas statusnya..Mungkin ada kerusi yang PKR pertahan tapi PAS nak dan ada jugak kerusi PAS yang PKR nak..Itu biasa,masing-masing ada hujah nak bagi kuat alasan depa..

Hangpa pi la mana-mana pasti hangpa akan dengaq cerita buruk PKR..Macam biasa,ada yang kata PKR sama macam UMNO dan ramai jugak akan kata PKR jentera parti tadak..Dua-dua tu aku setuju tapi tak sepenuhnya..Aku cakap camni bukan bermakna aku nak masuk jadi ahli PKR..Jangan harap!

Cuma yang aku nak tekankan adalah bila dekat-dekat nak pilihanraya ni,orang duk sebok kuatkan jentera ada beberapa tempat yang berpuluh kali mesyuarat tapi hanya membincangkan isu parti mana wakil di DUN atau Parlimen depa!Aku dah naik meluat..Weehhh UMNO makin rajin wat kerja tapi hangpa makin hari makin berbalah sampai luaq mesyuarat pon masam muka,apa cerita ni?

Bagi aku yang setahun jagung bergiat dalam politik ni,mana-mana parti politik pasti ada kelebihan dan kekurangan...Parti politik dikuatkan oleh manusia-manusia yang ternyata tak lari dari melakukan kesilapan..Hangpa masih ingat dak apakah tujuan penubuhan satu gerakan yang dibagi nama ABU yang bermaksud Asalkan Bukan UMNO?Dalam ABU ni semua parti politik dan semua jenis orang yang tak berparti duduk di bawah satu gerakan dengan tujuan nak menumbangkan UMNO!

Aku ringkaskan camni...PAS kekuatan jentera dia memang PKR akui takleh celen!Dan kebanyakan kerusi yang PKR bertanding dalam Semenanjung semuanya jentera dimonopoli oleh PAS! (PKR kena sedaq benda ni)..Hahahaha...Itu kelebihan PAS..

Apa pulak kelebihan PKR?PKR pon ada cara dia sendiri untuk tonjolkan imej dia dalam Pakatan Rakyat..Buktinya senang..Sapa yang rajin korek isu cincin bini Najib yang RM24 juta tu?Sapa dia yang londehkan skandal lembu RM250 juta?Sapa dia yang dedah pasai skandal Scorpene?Ini 3 isu besaq yang bukan saja dimainkan oleh orang PKR tapi pimpinan PAS pon pakai isu ni bila berceramah!

Orang PAS kena paham pasepa kita berpakat dalam Pakatan Rakyat..PAS hebat dengan jentera manakala PKR pulak hebat dengan pembongkaran isunya..Jadi kedua-dua ni kita gabungkan maka jadilah satu pasukan yang cukup kuat!Kalo masing-masing berkeras baik takyah tubuh Pakatan Rakyat!

Jadi nak dekat PRU 13 ni harap suma 'cool down'...Apa yang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dah putuskan suma kena terima dengan berlapang dada...Contohnya PKR bertanding di kerusi yang selanyaknya ditandingi PAS,orang PAS patut terima..Itu keputusan pimpinan tertinggi..Andainya PKR kalah kerusi tu,seharusnya PKR sedaq yang dia tidak diterima di situ dan patut diserahkan kepada PAS!Dan andaikata PKR menang jangan pulak jaga orang PKR saja..PKR kena ingat jentera parti mana yang bantu hangpa menang...Begitu jugak kalo perkara ni berlaku pada PAS...

Apa-apa pun kita tumbangkan UMNO dan Barisan Natang!

Wednesday 23 May 2012

Bila nak wat debat hat ni pulak?

Semalam dah selesai debat pasai PTPTN antara menantu Pak Lah dengan Rafizi Ramli..Macam-macam andaian apa lagi bila menantu Pak Lah tidak menjawab kebanyakan soalan yang ditanya oleh Rafizi..

Dah tentu bersorak sakan penyokong Pakatan Rakyat bila Rafizi berjaya membelit menantu Pak Lah..Tapi kot manapon kita kena salute jugak dengan menantu Pak Lah..Hangpa pikiaq tengok pimpinan UMNO hat lain semuanya dah jadi lembu..Sumanya hidung kena cucuk oiii!!!Wakakakaka

Kiranya menantu Pak Lah ni satu-satunya jejaka yang ada teloq..Hat lain tu jangan harap la..Najib bakal dimalukan..Shafie Apdal dah ada Zahida Rafik..Taib Mahmud dah ada bini Lubnan..Shahrizat dah ada banyak harta..Raja Nong Chik pulak anak tolong jaga projek...Muhyiddin tergedik-gedik nak jadi PM tapi dia tengok gelap pon ada harapan dia tu..Kahkahkahkah

Ok...Menantu Pak Lah selaku Ketua Pemuda UMNO Persekutuan dah berdebat..Ada lagi dak sapa-sapa puak UMNO yang berani ikot macam menantu Pak Lah ni?Aku teringin nak tengok satu debat yang sepatutnya diadakan 2 tahun lepas tapi sampai ke la ni tak jadi..Ini semua gara-gara UMNO takot tembelang pecah...

Hangpa baca SINI kalo nak tau debat apa yang aku maksudkan..Tapi apa yang berlaku???Baca SINI pulak...Hehehehe

Aku tak sabaq nak tengok debat depa ni...Pasti lagi hangat...Tajuk debat pon sempoi abih!!!