"PAS mensasarkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen untuk PRU 13,kata Salahudin Ayub..Beliau jugak berharap kerusi yang dipinjamkan dapat dipulangkan semula bagi mengelakkan berlakunya penyakit berbahaya,iaitu lompat parti"
Aku takmau amik peduli kerusi Parlimen lain kecuali Parlimen Bagan Serai yang dulunya diwakili oleh calon PKR(ahli PAS) iaitu Haji Mohsin..Sebelum aku cerita lanjut meh aku cerita kat hangpa sedikit mukadimah perihal Haji Mohsin ni...
Haji Mohsin ni berasal dari Daerah Kerian jugak tapi dia ni dah lama menetap di luaq kawasan di sekitar Selangor..Sebelom ni majoriti pengundi PR kat Kerian ni(khususnya Parlimen Bagan Serai) bukan kenai sangat dengan Haji Mohsin ni..Tapi mengikut maklumat dia ni daftar sebagai ahli PAS kat Hulu Langat..Haji Mohsin ni bukannya fanatik sangat berparti sampaikan jawatan dalam PAS di peringkat kawasan pon tadak..
Punya tak popular dia ni sampaikan ke hari nak dekat-dekat penamaan calon,pengundi tertanya-tanya sapa dia Haji Mohsin ni.Bila tiba hari penamaan calon barula kenai batang hidung orang tua ni..Sebelom-sebelom ni kerusi Parlimen Bagan Serai dah sinonim dengan PAS cuma pada PRU 12,kerusi ni dipinjamkan kepada PKR..Bawah Parlimen Bagan Serai,ada 3 DUN iaitu Dun Semanggol,Dun Selinsing dan Dun Alor Pongsu..
DUN Semanggol dan DUN Selinsing dipelopori oleh PAS tapi sayangnya DUN Alor Pongsu jatuh ke tangan UMNO(majoriti tak sampai 100-calonnya seorang kerani cabuk-la ni dapat pangkat Dato')Wakakakaka...Alhamdulillah PR memerintah Perak selama 11 bulan tapi pastu Barisan Natang merampas dengan cara yang jijik..Haramjadah punya Barisan Natang!
3 Mac 2010,Haji Mohsin pulak melompat atas alasan hilang kepercayaan terhadap parti padahal hakikatnya dia ditekan oleh orang-orang PKR Bagan Serai sendiri..Yang celakanya dia menyalahkan PAS sebab tamau membantu dia yang menghadapai masalah..Eh Haji Mohsin oiii,hang tak cerita apa-apa kat PAS pastu hang melompat,sedap mulut ja hang kata PAS tamau tolong hang!Itu masalah dalaman hangpa PKR takkan PAS suka-suka nak jaga tepi kain hangpa!Bodoh!
Sebelum ni aku dah kata yang Haji Mohsin ni bukannya orang yang kuat berparti,jadi boleh aku kategorikan dia ni sebagai calon yang belum cukup tarbiyyahnya. Sebenaqnya saat-saat akhir jugak PKR nakkan kerusi Parlimen Bagan Serai,pastu mula meroyan-meroyan cari calon..Akhirnya main tangkap muat ja pilih Haji Mohsin atas alasan dia tu berpendidikan dan jugak orang tempatan..Bagi aku alasan orang tempatan tu aku tak berapa boleh terima sebab dia dah lama tinggaikan kampung dan menetap di luaq Perak..
Sebelum Haji Mohsin ni melompat,memang dia ni bermasalah..Yala orang tak cukup tarbiyyah la katakan..Tak reti nak istiqamah dan tak bersedia nak hadapi cabaran politik..Aku ibaratkan dia ni macam budak-budak kecik yang kena buli pastu tak reti nak melawan tapi lari balik menangis dan mengadu kat mak bapak....Kahkahkhakah...
Anwar Ibrahim pon dah mengaku yang dia silap pilih calon dan mengakibatkan ramai calonnya yang melompat parti..Aku pon tak salahkan dia..Sebab ini semua ketentuan Allah..Tsunami PRU 12 punya pasai,kalo bubuh kayu dengan batu sebagai calon pon memang boleh menang..Menang besaq punya!!!!Tapi apa salahnya kalo PKR menitikberatkan perihal calon sebelom diangkat untuk bertanding?Jadikan ini keutamaan dan bila-bila ada pilihanraya dah tak kalut!
Aku sokong apa yang Salahudin Ayub kata..Mintak dipulangkan balik mana-mana kerusi yang hangpa pinjam!Pengundi kat sini terang-terang mahukan KERUSI PARLIMEN BAGAN SERAI DIPULANGKAN SEMULA KEPADA PAS!BIAQ PAS YANG BERTANDING...MAJORITI pengundi Parlimen Bagan Serai adalah orang PAS..Orang PAS kat sini dah banyak berbunyi menyatakan keberatan hati mereka untuk membantu dan mengundi sekiranya PKR jugak yang bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai!
(*)Parlimen Bagan Serai kerusi milik PAS dah berzaman-zaman sebelum lahirnya PKR..Tolong paham yang ini
(*)Sumber di atas dari seorang pengundi tegar PAS Parlimen Bagan Serai
Kalau ahli PAS dah tekad tak mau sokong jika CALON PKR bertanding, buat apa ahli PKR nak hegeh-hegeh nak sokong CALON PAS..?? Mantap sungguh SEMANGAT PR.
ReplyDeletePenduduk Bgn Serai tak mahu masuk lubang yg sama dua kali. Mereka tau UMNO BN (Syaithan yg dikenali) akan ganggu lebih hebat lagi lepas PRU13. Jadi skrg mereka mahu wakil rakyat dari PAS yang mereka yakin tahan diuji!
ReplyDelete