Wednesday, 14 September 2011

AWAS kaum India...!!!

Saya pernah ikut satu rombongan DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS) ke Langkap,Teluk Intan untuk bertemu dengan kaum India yang dikatakan berat sebelah pembangkang namun masih ragu-ragu dengan keupayaan pembangkang..

YB Zainudin(Adun Lubuk Merbau) turut sama dalam sesi penerangan tersebut disamping Pengerusi DHPP,Encik Ah Beh juga terlibat dalam program itu yang diadakan di pejabat DHPP Tekuk Intan..

Lebih kurang 100 orang kaum India terlibat dan rata-ratanya mereka mula menerima dan paham perjuangan pembangkang,PAS khususnya..Selesai sesi penerangan,sesi soal jawab dimulakan..Kebanyakan mereka bekerja di estet sawit dan di kilang-kilang dan pendapatan mereka tidaklah setinggi mana..

Pelbagai soalan diajukan dan dijawab dengan baik sekali oleh AJK DHPP..Saya melihat di depan aku satu fenomena baru di mana,orang Cina iaitu Ah Beh dan timbalannya Richard Wong memberi penerangan politik mengenai PAS kepada orang India..Dan mereka yang mendengar pula memberi respon yang baik seolah-olah tiada jurang perkauman antara mereka ketika itu..Alhamdulillah..

Dalam banyak-banyak soalan..Terdapat satu soalan yang menarik perhatian saya..Seorang wanita India yang agak berumur bercerita dan menanyakan 2 soalan yang berbunyi lebih kurang begini..

a)"Ada beberapa ahli MIC telah datang ke rumah saya dan menerangkan bahawa jika saya sekeluarga menyokong PAS,maka rumah sembahan(tokong) kami akan dirobohkan oleh orang PAS disebabkan Islam PAS terlalu kuat"..

b)''Jika saya sekeluarga menyokong dan mengundi PAS,maka anak saya akan dibuang sekolah dan anak saya yang bekerja di estet pula akan dipecat...Mereka cakap lagi mereka boleh tahu saya mengundi PAS melalui kertas undi"

Saya tak berapa kisah dengan soalan kedua kerana soalan pertama lebih berbahaya..BN mengugut orang India dengan menggambarkan PAS parti ekstremis di mana jika PAS berkuasa seolah-olah rumah sembahan agama lain akan diruntuhkan dan mereka akan dipaksa memasuki Islam..Ini sesuatu yang patut diambil berat oleh jentera-jentera PAS..

Mereka(BN) menggunakan cara kotor ini teradap orang India yang tidak langsung dapat pendedahan mengenai isu sebenar dan bagaimana PAS berjuang..Target mereka adalah orang India di kawasan hulu,kampung-kampung dan estet-estet..

Saya cuma berharap isu ini dapat diolah dan digunapakai dengan baik oleh PAS dan jugak rakan DAP dan PKR..Orang India tidak semuanya lalang cuma mereka kurang pendedahan dan hari-hari hidup mereka dicengkam dengan ugutan...

**********************************************************************************
Penulisan kat atas ni kawan aku yang bagi..

Aku harap pendedahan kawan aku ni hangpa amik berat...Wat keja betoi-betoi kalo nak menang!!!

Duk mengata Barisan Natang tapi apa yang hangpa boleh wat?Pikiaq weeeiii!!!!

(*)Jangan terkejut la kalo ugutan pasni didatangkan dalam bentuk gambaq yang hampir betoi(bukan lukisan) yang menonjolkan gambaq seorang lelaki berbaju lambang PAS,ditangannya tergenggam erat satu tukui besi yang cuba hendak memecahkan 'tuhan' kaum India...Dicetak gambaq ni kat atas kertas dan diedarkan ke rumah-rumah orang India...Apa agaknya perasaan depa dan persepsi depa kat PAS?..Oiiii,benda ni boleh jadi oooo..Dengan photoshop macam-macam boleh bikin laa...AWAS!!!

No comments:

Post a Comment