Tuesday, 8 May 2012

Kerajaan Pusat zalim pada cikgu sekolah agama!!!

Ramai kawan aku baru-baru ni yang keja jadi cikgu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) duk hingaq pasai duit PERKAPITA yang disalurkan oleh kerajaan pusat dah dipotong dari RM60 tinggai jadi RM15..Mesti hangpa tak paham kan?Bawah ni aku terang dengan jelas apa isu yang aku nak bangkitkan kali ni..


APA ITU PERKAPITA?

Duit PERKAPITA merupakan duit bantuan tahunan kerajaan yang didapati dari tiga sumber iaitu Kerajaan Pusat,Kerajaan Negeri dan Baitulmal.

BAGAIMANA IA DISALURKAN?

Wang ini disalurkan kepada SRAR mengikut bilangan murid(kepala) di sekolah tersebut.Seorang murid dinilaikan sebanyak RM99.Wang ini adalah jumlah besar dari Kerajaan Pusat (RM60),Kerajaan Negeri (RM27) dan Baitulmal (RM12).Seperti contoh,jika sebuah SRAR mempunyai 200 pelajar,jadi (200 x RM99 = RM19800).Jumlah wang inilah yang patut diterima oleh sesebuah SRAR sebagai bantuan tahunan.

APA DIBUAT DENGAN DUIT PERKAPITA ITU?

30% dari jumlah ini digunakan untuk urusan pentadbiran seperti membayar bil-bil dan kos penyelenggaraan dan 70% sebagai bonus untuk tenaga pengajar.Rata-rata seorang cikgu ini akan dapat sebanyak RM1500-RM2000 hasil bantuan PERKAPITA mengikut jumlah pelajar.

APA YANG BERLAKU SEKARANG?

Kat atas tu dah disebut bahawa dulu Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM 60 tapi sekarang dah dipotong menjadi RM15.Pasepa kerajaan potong?

Memang Kerajaan Pusat ada memberi bantuan sebanyak RM21000 kepada SRAR pada tahun ini tapi duit itu hanya untuk sekolah dan langsung tidak diberi kepada cikgu-cikgu yang menjadi tenaga pengajar di sekolah tersebut.

Di Perak,sekitar Mac dan April lalu,Zambry Kadiaq telah memanggil cikgu-cikgu SRAR untuk hadir ke kediaman rasmi dia untuk menyampaikan duit bonus sebanyak RM500..Mengikut kata cikgu-cikgu SRAR ni,bonus depa biasanya paling rendah pon RM1000!

Bermakna puak-puak Barisan Natang ni dah kurangkan wang bonus yang sepatutnya cikgu-cikgu ni terima!!!Simpan duit untuk pilihanraya!!!

No comments:

Post a Comment