Thursday, 24 May 2012

PAS VS PKR?


Tajuk mungkin pelik dan mungkin boleh menimbulkan kontroversi...Tapi aku rasa benda ni kena bagi perjelas supaya yang mana tak nampak boleh nampak dan yang mana gelap boleh jadi terang...Macam Nabi Muhammad SAW telah bersabda.."Berkatalah benar walopon pahit"...Ini aku tulis apa yang aku rasa..Hehehehe

Dalam pimpinan Pakatan Rakyat sebok mengatur strategi nak menang namun masih ada lagi beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang masih belum jelas statusnya..Mungkin ada kerusi yang PKR pertahan tapi PAS nak dan ada jugak kerusi PAS yang PKR nak..Itu biasa,masing-masing ada hujah nak bagi kuat alasan depa..

Hangpa pi la mana-mana pasti hangpa akan dengaq cerita buruk PKR..Macam biasa,ada yang kata PKR sama macam UMNO dan ramai jugak akan kata PKR jentera parti tadak..Dua-dua tu aku setuju tapi tak sepenuhnya..Aku cakap camni bukan bermakna aku nak masuk jadi ahli PKR..Jangan harap!

Cuma yang aku nak tekankan adalah bila dekat-dekat nak pilihanraya ni,orang duk sebok kuatkan jentera ada beberapa tempat yang berpuluh kali mesyuarat tapi hanya membincangkan isu parti mana wakil di DUN atau Parlimen depa!Aku dah naik meluat..Weehhh UMNO makin rajin wat kerja tapi hangpa makin hari makin berbalah sampai luaq mesyuarat pon masam muka,apa cerita ni?

Bagi aku yang setahun jagung bergiat dalam politik ni,mana-mana parti politik pasti ada kelebihan dan kekurangan...Parti politik dikuatkan oleh manusia-manusia yang ternyata tak lari dari melakukan kesilapan..Hangpa masih ingat dak apakah tujuan penubuhan satu gerakan yang dibagi nama ABU yang bermaksud Asalkan Bukan UMNO?Dalam ABU ni semua parti politik dan semua jenis orang yang tak berparti duduk di bawah satu gerakan dengan tujuan nak menumbangkan UMNO!

Aku ringkaskan camni...PAS kekuatan jentera dia memang PKR akui takleh celen!Dan kebanyakan kerusi yang PKR bertanding dalam Semenanjung semuanya jentera dimonopoli oleh PAS! (PKR kena sedaq benda ni)..Hahahaha...Itu kelebihan PAS..

Apa pulak kelebihan PKR?PKR pon ada cara dia sendiri untuk tonjolkan imej dia dalam Pakatan Rakyat..Buktinya senang..Sapa yang rajin korek isu cincin bini Najib yang RM24 juta tu?Sapa dia yang londehkan skandal lembu RM250 juta?Sapa dia yang dedah pasai skandal Scorpene?Ini 3 isu besaq yang bukan saja dimainkan oleh orang PKR tapi pimpinan PAS pon pakai isu ni bila berceramah!

Orang PAS kena paham pasepa kita berpakat dalam Pakatan Rakyat..PAS hebat dengan jentera manakala PKR pulak hebat dengan pembongkaran isunya..Jadi kedua-dua ni kita gabungkan maka jadilah satu pasukan yang cukup kuat!Kalo masing-masing berkeras baik takyah tubuh Pakatan Rakyat!

Jadi nak dekat PRU 13 ni harap suma 'cool down'...Apa yang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dah putuskan suma kena terima dengan berlapang dada...Contohnya PKR bertanding di kerusi yang selanyaknya ditandingi PAS,orang PAS patut terima..Itu keputusan pimpinan tertinggi..Andainya PKR kalah kerusi tu,seharusnya PKR sedaq yang dia tidak diterima di situ dan patut diserahkan kepada PAS!Dan andaikata PKR menang jangan pulak jaga orang PKR saja..PKR kena ingat jentera parti mana yang bantu hangpa menang...Begitu jugak kalo perkara ni berlaku pada PAS...

Apa-apa pun kita tumbangkan UMNO dan Barisan Natang!

1 comment:

  1. Harrah's Atlantic City Casino in New Jersey - DrmCD
    It's not enough to bet 파주 출장마사지 at 김천 출장마사지 Harrah's Atlantic City casino, 정읍 출장안마 but it's up to you to find out how to make the most of your hard earned gaming 원주 출장샵 wagers on 동해 출장샵

    ReplyDelete