Tuesday, 19 April 2011
Apa perlu buat bila anda kena SAMAN EKOR
Sekarang ni kecoh sangat pasal saman ekor ni..Baik org kaya skalipon meroyan sebab kena saman..Ada aku jumpa sorang kawan aku ni..Keja dia memang mantap laa,KONTRAKTOR..Saman ekor ada 36 keping!Dia kata dia bukan saja-saja nak bawak laju tapi dah memang masa keja yang sangat suntuk membuatkan dia terpaksa speeding..Semalam aku join ada satu taklimat Kempen Anti Saman Ekor(KASE) ni..So aku share seketla apa yang aku dengar...Depa ni pon satu wat KASE ni lambat..Eloklah aku dah bayar 8 saman X RM150=RM1200...Peehh,mcm2 aku boleh beli..Jadi,kepada yang ada SAMAN EKOR tu diingatkan supaya JANGAN BAYAR!!!
1)Bila anda dihadapan kaunter JPJ dan anda telah diberitahu bahawa anda tidak dapat renew roadtax kerana ada saman SILA MINTA SURAT TUNJUK SEBAB DARI JPJ MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH RENEW ROADTAX.
2)Jika langkah satu tidak berjaya ANDA TULIS SEDIKIT NOTA YANG DIDALAMNYA TERKANDUNG WAKTU,NO KAUNTER dan NAMA STAFF YANG JAGA KAUNTER(Lagi bagus kalau dapat sekali dengan nama ayahnya) seterusnya pulanglah anda,jangan tunggu lama-lama di situ.
3)Ketika perjalanan pulang,dan anda ditahan polis yang membuat sekatan jalann raya,ceritakan kepada mereka apa yang berlaku di JPJ tadi.Jika anda dapat mencairkan hati polis itu,maka nasib anda baik.Namun jika polis itu rendah pengetahuannya dan kurang belas kasihannya maka anda akan disaman kerana roadtax anda telah mati.
4)Jika anda disaman,dengan muka manis anda AMBIL DAN SIMPAN SAMAN ITU BAIK-BAIK.Lalu beredarlah anda dari situ tanpa perlu bicara dan diingatkan jangan pula dirasuah polis itu.
5)SIMPAN SEGALA SAMAN EKOR DAN SAMAN DARI POLIS TADI(jika ada) sehingga anda DIPANGGIL MENGHADAP MAHKAMAH.
6)Untuk mendapatkan maklumat lanjut khidmat guaman sila rujuk ke Jawatankuasa KASE yang terdapat disetiap BADAN PERHUBUNGAN PAS di setiap negeri.Yang aku tau,peguam kena bayar tapi masih boleh dirunding harganya mengikut syarat-syarat.
Labels:
Saman Ekor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment