Thursday, 21 April 2011

Banyak btoi yang dia derma


Sekitar 15 tahun dulu,kat tempat aku ni ada la seorang hamba Allah yang sangat kaya.Aku pun tatau takrif kaya tu macam mana sebenaqnya,kaya dengan harta ka kaya dengan anak ka atau kaya dengan ilmu ka.Tapi dari kecik dulu diajaq kaya ja mesti melibatkan harta benda dan wang ringgit.Berbalik kepada cerita hamba Allah tu tadi,dia ni toke kedai emas.Harga kereta-kereta saja dah dekat RM1 juta,tak masuk harga banglo-banglo dia lagi.

Tapi malangnya dia ni KEDEKUT YA AMAT.Pernah satu ketika kampung aku ada jalankan satu kutipan derma untuk wat masjid yang lebih besaq sebab masjid yang ada sekarang ni dah semakin kecik akibat pertambahan jemaahnya.Jadi berpusing la keliling kampung,daerah dan negeri dari Pengerusi,Timbalan Pengerusi,Bendahari dan AJK-AJK masjid ni untuk kutip derma.Yang best tu muka AJK-AJK yang payah nak nampak mai masjid pon ada,sungguh pelik dan ajaib.Ketua kampung yang terkenal dengan keUMNOannya tu pon ikot sama cari duit.Alhamdulillah mungkin ni bukti MELAYU boleh bersatu padu untuk kerja-kerja pembinaan rumah Allah ni.Berbulan-bulan lamanya depa wat kerja mengutip sumbangan ni.

Dipendekkan karangan ni,seorang ahli Qariah bernama Karim ditugaskan meminta sumbangan dari toke kedai emas tadi tu.Memang dia dah maklum yang toke ni memang kedekot,tapi bila tadi dia terpandang ahli-ahli kabinet masjid yang dulu payah nak mai masjid dan sekarang ikut sama membantu mengutip sumbangan,jadi dia berpikir positif mungkin toke ni dapat sumbang dengan jumlah yang besaq untuk pembinaan masjid.Dan berialah dia memicit-micit loceng umah toke kedai emas tadi tu.Tak lama kemudian tersembullah muka toke di muka pintu.

Toke    :Haa..ang Karim,apa hai?
Karim  :Aku ni mai sebab nak mintak sumbangan nak besaqkan masjid kampung kita ni.
Toke   :Aku ni sibok,mai lain kali boleh?
Karim  :Eh toke,aku bukan mintak ang sedekah banglo ang ni smp nak makan masa lama.Aku mintak duit ja takpon kalo ang nak bagi cheque pon takpa kalo tadak cash.
Toke   :Oh,boleh pakai cheque no?
Karim  :Boleh ja ingat kami bodo taktau pakai cheque ka?
Toke   :Ok,ang tunggu sat aku tulis..Brapa aku kena bagi ni Karim?
Karim  :Ikot angla,ikot yang ang mampu.
Toke   :Sat-sat..Ang tunggu situ jangan pi mana-mana..

10 minit kemudian.....Toke keluaq dengan satu sampul surat berwarna putih..

Toke   :Haaa Karim,ang amik cheque ni..Aku nak sambung balik keja aku.
Karim  :Baik,terima kasih..

Karim pun beredar dengan teruja hatinya sebab dapat cheque dari toke kedai emas itu.Dalam kepala otak dia mungkin paling kurang RM1000 ni.Dan tersenyum la Karim sampai ke telinga.Tak lama kemudian selepas 5 bulan program ni depa jalankan maka pakat-pakat kumpul ramai-ramai sebab nak kira duit sumbangan yang depa semua dapat.

Karim saja sorok dulu cheque tu sebab nak wat surprise dan dia pasti sangat nilainya sgt banyak.Jumlah yang orang kampung dapat tadi kira-kira RM85 000.Satu nilai yang cukup besaq.Kemudian Karim keluaqkan sampul surat tu dan tayang tinggi-tinggi kat orang kampung.Semua pakat tanyala sapa bagi cheque tu dan Karim dengan bangganya pon habaq la toke kedai emas yang bagi.Orang kampung mati-mati tak percaya sampai ada sorang antara depa yang tiba-tiba kena serangan jantung.

Mana taknya,semua satu daerah ni paham sangat dengan perangai kedekot si toke kedai emas tu.Pernah dulu,toke tu berlakon pengsan bila Pak Hassan Loklaq nak pinjam duit beli teloq sepapan dan pernah jugak Pak Itam si penggali kuboq jumpa dia nak pinjam duit nak wat tambang balik kampung,boleh dia kata duit dia tu tadak lebihan untuk orang lain melainkan untuk pakai dia sorang saja.

Si Karim pun mula berpidato dan berhujah dengan hadis-hadis berkaitan tohmahan yang orang-orang kampung kata kat toke kedai emas tadi.Terdiam semua orang kampung dan mereka tak sabaq-sabaq nak tengok jumlah yang disumbangkan oleh toke kedai emas.Karim wat susupen..Dia bukak slow-slow sampul tu,koyak bahagian atas kepala surat..Dalam tu terkandung sekeping cheque berwarna kuning..Ohh,cheque Maybank rupanya.Mata orang kampung makin membulat memandang tepat ke arah cheque tersebut.Karim mula tarik keluaq cheque tu dari sampul sikit demi sedikit.

Haaa..Dalam kepala orang kampung mula bayangkan jumlah angka kosong yang banyak di belakangnya.Jantung masing-masing berdegup-degup laju....Dupp..Duppp..Dua kosong depa dah nampak kat blakang tu selepas titik sen..Dupppp!!!! Makin kuat jantung orang kampung bila depa dah nampak angka kosong yang pertama..Dan depa kira..SATU!!!!Karim tarik lagi cheque tu kuaq slow-slow...DUAAAA!!!! Dan TIIIIII...GGGGG??????

Kepala bapak btoi!!!!Tiba-tiba Pak Malek Sate memaki hamun secara mengejut dan diikuti dengan orang-orang kampung yang lain mula geleeng-geleng kepala dan hantuk kepala kat dinding kerana tidak percaya dengan apa yang depa lihat.Peeehhhh!!!! RM10 ja yang toke tu bagi..Bangang btoi!!!!Pakai cheque plak tu!!!!Ni btoi-btoi kes naya ni....Karim terduduk dan tak menyangka toke tu mainkan depa..Sungguh kurang ajaq!!!

(*)Agak-agakla...Takkan ang kaya raya tapi ang cuma MAMPU derma RM10 saja..Orang meniaga ayaq tepi jalan pon boleh derma RM50.Kita bukan kata nak hina dia tapi pikiaq logikla sorang yang kaya raya,keta dan rumah mewah-mewah tapi kedekot nak mampuih!!!Eh..Najib pernah ka tolong orang susah pakai duitgaji dia sendiri???Kalo pakai duit dari JKM dan Baitulmal..Tak payah sembanglaa Najib..

No comments:

Post a Comment