Dr Juanda Jaya menyifatkan kepada sesapa yang menentang atau menghalang kerjasama UMNO-PAS merupakan pengkhianat Islam..Ini adalah pendapat peribadi seorang mufti yang paling muda dalam Malaysia dan juga merangkap kata-kata seorang yang seolah-olahnya dia penyokong setia UMNO dan Barisan Natang..
Dr Asri pula berkata,label 'pengkhianat Islam' sepatutnya untuk mereka yang menentang penyatuan umat Islam dan bukannya menentang kerjasama UMNO-PAS...Ini aku sokong!
Ternyata gesaan pak mufti muda lebih menjurus kepada Assobiyyah semata-mata..Jika benar dia hendak melihat Islam itu dimartabatkan sepatotnya pak mufti muda nasihat pemimpin-pemimpin UMNO yang terkenal dengan rasuah dan kaki arak itu..Bukti dah bersepah-sepah,apa dia tak nampak?Apa dia takut dilucutkan jawatan jika menaikkan Islam?
UMNO memang parti dominan dan paling kuat dalam Barisan Natang dan jugak merupakan parti yang anak buahnya memang hebat mengampu tapi UMNO tidak mengagungkan Islam di dalam cara kerjanya dan perlembagaannya..Tapi berbanding PAS yang memang kita boleh lihat dari segi kepimpinannya,rata-rata pimpinannya merupakan Ulama yang belajar ilmu agama dan tahu selok belok agama dan ada juga masih mengajaq ilmu agama hingga sekarang..Islam bagi pemimpin PAS bukan setakat tahu ala kadar tetapi nilai-nilai suci Islam dipraktikkan hari-hari dalam kehidupan depa..
UMNO dengan bodohnya mengata PAS menggunakan Islam sebagai retorik untuk meraih undi Melayu tapi macam yang aku kata tadi Melayu yang terbaik adalah Melayu yang mengamalkan Islam di dalam kehidupan hari-hari..PAS tidak terkial-kial menjerit sorang-sorang dalam Pakatan Rakyat..PAS parti Islam yang pastinya mengamalkan Islam walopon tidak berjuang dalam politik Islam itu tetap ada di mana-mana dan wajb bagi setiap orang Muslim..
Dulu heboh dengan isu 'Undi PAS Masuk Syurga'...Inilah yang dijaja UMNO masuk kampung,masuk lembah..Itulah aku kata Orang UMNO ini jahil..Cubalah berpikiaq secara logik,perjuangan PAS adalah berdasarkan Al Quran dan Sunnah..Dua perkara ini adalah tinggalan Rasulullah SAW yang wajib dipegang apatah lagi baginda pernah berpesan kepada semua umat selepas baginda..Jadi jika seorang Muslim berpegang kepada dua ini adakah halangan lain untuk seseorang Muslim itu masuk syurga?Nak masuk syurga bukan senang...Nak masuk neraka sangat senang...Tapi apa saja yang UMNO perjuangkan dan ciri-ciri pemimpin UMNO sendiri semuanya menjurus menuju ke neraka!!!
UMNO hanya pentingkan kuasa duniawi seolah-olah mereka pikiaq mereka takkan mati dan selamanya kekal hidup di atas bumi..Melayu!Melayu!Melayu!Ini yang nak sangat UMNO perjuangkan untuk kekalkan kuasa depa..Dalam kuboq takkan timboi soal Melayu dan di Padang Mahsyar pon takkan timboi soal Melayu!!Tidakkah UMNO sedaq hal ni?UMNO takkan sedaq sebab depa tidak mengamalkan Islam sebagai sebahagian dalam hidup depa...Mampuih UMNO!!!
(*)Martabatkan Islam baru bangsa selamat dan hebat!
dah baca kat cenangau n3 saudara ni..sokong 110 peratus !!
ReplyDeleteulang kata saudara, martabatkan Islam baru bangsa selamat dan hebat !