Saturday 7 April 2012

Zambry dan MIC tipu orang India

Ini kenyataan speaker sah Pakatan Rakyat...Aku ambik kat SUARA PERAK..Baguih hal bawah ni kalo hangpa rajin fotostat dan edarkan kepada orang-orang India..Hehehehe

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 6/4/2012 di Batu Gajah

Bila Nak Berhenti Bohong?

Budaya BN memperdayakan masyarakat India masih tidak berhenti lagi. Walaupun masyarakat India telah memberi satu pengajaran kepada BN dalam PRU12, tetapi mereka masih tidak berubah. BN tetap memberi janji-janji kosong untuk menipu masyarakat India semata-mata untuk mendapat undi mereka. Saya telah mengeluarkan satu kenyataan media mengenai isu sekolah Tamil di Jelapang 2 minggu yang lepas. Setakat ini tidak ada apa-apa maklum balas daripada kerajaan negeri mahupun MIC negeri Perak mengenai isu yang dibangkitkan. Saya difahamkan bahawa ada pemimpin-pemimpin MIC telah menjanjikan pembinaan sebuah sekolah Tamil di DUN Jelapang.  Adakah ini benar?

Jika kenyataan ini adalah benar, di manakah lokasi tanah yang telah dikenal pasti untuk membina sekolah Tamil itu di Jelapang? Adakah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu telah membuat permohonan untuk tanah yang dikenal pasti itu? Jika ya, apakah status permohonan tersebut?

Setahu saya tidak ada apa-apa permohonan tanah dibuat oleh mana-mana pihak untuk membina sekolah Tamil di Jelapang.  Ini adalah satu pembohongan besar  yang dibuat oleh pemimpin BN untuk meraih undi masyarakat India di kawasan ini.

Memang DUN Jelapang memerlukan sebuah sekolah Tamil. DUN Jelapang mempunyai 23% pengundi orang-orang India. Peratusan ini membuktikan bahawa terdapat jumlah isi rumah kaum India yang agak ramai di kawasan ini. Kanak-kanak di kawasan ini terpaksa pergi ke jauh lebih kurang 10km untuk sekolah Tamil yang paling hampir. Saya memang bersetuju dengan cadangan membina sebuah sekolah Tamil di Jelapang. Tetapi, apa yang dijanjikan oleh BN adalah sekadar ‘menanam tebu di bibir’. Saya meminta masyarakat India di kawasan DUN Jelapang  supaya jangan terpedaya dengan janji-janji pilihanraya BN.

No comments:

Post a Comment