Tuesday, 10 May 2011

1,2,3 Eksyen!!!

Ari tu YANG KONONYA MULIA si Zahid Mat Arip beria sangat bercerita kononnya bermimpi yang Anwar Ibrahim akan terbunuh dalam satu tragedi yang mana tragedi itu diarahkan oleh Anwar Ibrahim sendiri..Apa best sangat ang tu sampai nak orang percaya mimpi ang tu?

Ari ni plak pemandu peribadi Anwar Ibrahim  akan wat satu kaporan polis sebab ada usaha jahat pihak tertentu untuk mensabotaj kereta yang biasa digunakan Anwar dan keluarganya,memandangkan satu insiden telah berlaku pada 19hb yang lalu..

Si pemandu bernama Abdullah bercerita bahawa insiden yang berlaku itu adalah ketika baru balik bawak Wan Azizah dari program kat Chemor,Perak..Syok-syok drive tiba-tiba kereta Merc S350 tu bergoyang dan dapat dia kawal..Rupanya bila dia bawak pi bengkel,pomen kata brek caliper tercabut..Dia dah keja sebagai drebar Anwar dah 28 tahun dan tak pernah skali pon jadi macam tu..Biasanya kalo brek longgaq mesti ada kuaq bunyi...

Tempat ceramah Rumpun Makmur, PRK Kerdau
Aku plak nak cerita satu insiden sabotaj kereta Anwar Ibrahim bila dia pi berceramah kat PRK Kerdau,nama tempat tu Rumpun Makmur..Yang turut sama ceramah dangan Anwar Ibrahim adalah Dato Seri Nizar Jamaluddin..Cukup ramai orang malam tu..Seberang jalan plak,si gatai Ummi Hafilda tengah terpekik terlolong mengutuk si Anwar..Haaa elok la tu..Yang tu kata yang ni,yang ni plak kata yang tu...Wakakakaka

Abes ceramah,heboh tayar kereta Anwar empat-empat kena pancit dan kereta Nizar plak pecah bumper blakang dan calaq teruk tepi pintu...Peehhh memang gila la...Tapi kat sini aku nak maki drebar-drebar dan bodyguard-bodyguard kedua-dua pimpinan...Ehhhh,angpa sedap pi mengeteh ka?Dah nama keja,jagala baik-baik..Bukannya nak ikot bontot boss angpa ja..Kereta tu pon kena jaga jugak oiii!!!Aku agak tak suka dengan bodyguard Anwar sebab terlalu emosi dan sombong tapi keja macam haram!!!Member aku cakap bodyguard Anwar bukannya budak-budak parti tapi diupah dari agensi...

(*)Zahid Mat Arip patot ditahan polis..Tapi....Angpa pikiaq la sendri...

No comments:

Post a Comment