Hari ini aku skodeng blog-blog YB PAS Perak..Skodeng punya skodeng aku terpandang blog YB Semanggol yang dah update pasai program yang depa wat semalam..Blog YB Ramli ni bukan blog hina-hina,maki-maki hamun dan jugak bukan blog ulasan politik..Blog YB ni lebih kepada blog bergambaq yang melibatkan program PAS..Baguih gak,biaq blog dia berbeza dari yang orang lain punya..
Baru-baru ni(semalam dan kelmarin),PAS Perak ada wat Ijtima' PAS GANTI UMNO kat Kati(tempat MatSamanKati)..Yang aku tau progam ni yang jadi pengarah dia Ustaz Misbah..Ramai sungguh penceramah yang depa jemput,Mat Sabu ada,Dato Mahfuz ada.Salahuddin Ayob ada dan pengerusi DHPP Pusat pon ada.
Aku pon kelebek la lagi gamabq-gambaq program tu,baru aku perasan,ehh program ni wat simple-simple ja..Yang hebatnya peserta-peserta yang datang baik muslimin atau muslimat semua duk bersila bawah khemah..Kahkahkahkah padan muka!Aku tengok pentas VIP pon macam bangunan tak siap..Ooo rupanya tempat depa wat program ni baru diratakan dan bangunan yang depa bina tu semua projek kecemasan!
Yang nampak hebat bila program ni hanya dibuat ala kadar dan tak nampak pembaziran besaq yang berlaku..Dewan tak payah sewa,kerusi tak payah sewa dan makanan pon tak hebat mana..Ini dah baguih..Aku ucapakan syabas kat tuan rumah dan PAS Perak yang wat program ni..Biaq pi semua orang rasa panas,biaq pi rasa sakit pinggang dan biaq pi rasa makan tak kenyang asalkan semangat perjuangan angpa nak ganti UMNO tu kuat!Mampuih UMNO!Tadak pasai la UMNO nak duk bawah khemah dengan tadak kipasnya dengan duk bersesak-sesaknya..Hahahahaha
Eh angpa kalo makan sedap dan duduk selesa pon bukan tahan lama mana..Bagi selesa sangat nanti angpa tidoq!Bagi makan sedap-sedap plak,nanti yang keluaqnya taik yang bau dia takkan wangi jugak!
Bila aku tengok keadaan program tu dah macam program PAS dulu-dulu..Yala PAS dulu-dulu macam tahun 80an mana hebat macam PAS yang sekarang ni..Adakah ini petanda PAS sekarang sudah sedaq diri?Bagi aku biaq la lepas ni program PAS berkeadan macam ni kecualilah program rasmi yang hebat seperti muktamar kerana tempat sebegitu lebih sesuai untuk program yang maha serius!
Sesungguhnya UMNO perlu diganti sedangkan baju buruk kita beli baru dan lauk basi pastinya kita buang,begitu jugak dengan parti sampah(sampah pon kita buang =)) ini..Wakakaka..UMNO menolak Islam mana kala PAS memartabatkan Islam..
(*)UMNO parti sampah yang memudaratkan kita dunia akhirat
No comments:
Post a Comment